‘MACAM air terjun’- demikian adalah luahan kebanyakan warga maya yang menyaksikan video kerosakan tangki air pangsapuri yang tular di laman sosial.

Video berdurasi tiga minit 59 saat itu turut menunjukkan beberapa kenderaan yang di parkir di pekarangan bangunan berkenaan terkena curahan air deras.

Kebanyakan warga maya terkesima menyaksikannya perkara yang jarang berlaku itu dan berharap kejadian itu diberi perhatian pihak berwajib.

Baca juga: 10 cara berkesan halau cicak di rumah, wanita ini kongsi tip paling jimat dan selamat

-“Tengok video pun seram, macam air terjun. Kuatnya air memang sudah mengagak kereta yang terkena akan rosak, Moga dipermudahkan pemiliknya.”

-“Habislah kereta alami water damage, tekanan tinggi air itu.

-“Kes begini boleh dibuat tuntutan kerugian kepada pihak insurans bangunan melalui pengurusan pangsapuri di bawah polisi public liability, tank burst iaitu kerosakan daripada tangki kawasan bersama ke kenderaan persendirian yang terletak dalam kawasan bersama. Harap pengurusan boleh menyediakan dokumen rekod penyelenggaraan bangunan, polisi insurans dan penduduk yang mengalami kerosakan boleh membuat suatu laporan polis yang sepatutnya untuk memudahkan tuntutan insurans. Biasanya pihak adjustor/penilai kerugian akan menbuat siasatan forensik terlebih dahulu.”

Kejadian yang berlaku di di Taman Mas, Puchong, Selangor itu berlaku berikutan sebuah tangki air blok pangsapuri pecah pada ketinggian 60 kaki.

Susulan kejadian enam kenderaan disahkan mengalami kerosakan teruk.

Baca juga: Dihina rumah macam kandang kambing, wanita cantik ini buktikan usaha bina banglo mewah

INFO PENGURUSAN STRATA DAN HARTA BERSAMA

1-Semua skim pemajuan strata di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan dikawal di bawah satu perundangan iaitu Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). Ini termasuklah kondominium, pangsapuri, rumah flat, rumah kedai, town house dan landed strata.

2-Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merupakan custodian Akta 757 bagi memastikan keseragaman undang-undang dan dasar berkaitan penyenggaraan dan pengurusan bangunan berstrata.

3-Penguatkuasaan dan kawalselia skim strata terletak di bawah bidang kuasa Pihak
Berkuasa Negeri (PBN) berkenaan dengan sesuatu kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

4-Pegurusan strata merupakan pengurusan dan penyenggaraan bangunan dan harta bersama di dalam suatu kawasan pemajuan strata yang dilaksanakan oleh badan pengurusan.

5-Harta bersama adalah Bahagian yang selain daripada petak atau petak aksesori yang dinikmati oleh semua pembeli atau pemilik petak. Contoh; bumbung, lif, taman permainan, lampu koridor, surau, dewan dan sebagainya.

Iklan

6-JMB merupakan badan pengurusan yang terdiri daripada pembeli dan pemaju. JMB ditubuhkan selepas Mesyuarat Agung Tahunan Pertama dibuat oleh pemaju, sebelum buku daftar strata dibuka.

7-JMB bertanggung jawab untuk menjalankan tugas-tugas seperti berikut, termasuk penyelenggaraan harta bersama:

• Mengutip caj penyenggaraan danwang penjelas.
• Membenarkan perbelanjaan untuk perbelanjaan harta bersama.
• Mendapatkan kembali daripada pembeli jumlah wang yang telah dibelanjakan.
• Membeli, menyewa dan memperoleh harta alih.
• Mendapatkan perkhidmatan ejen atau mana-mana orang bagi pengurusan/penyenggaraan harta bersama.
• Membuat undang-undang kecil (kaedah dalaman).
• Menuntut tunggakan caj dan membawa prosiding ke mahkamah.
• Memohon waran penahanan harta alih.

Diharapkan sebagai penghuni kediaman bertingkat mengetahui hak masing-masing berkaitan kerosakan harta bersama.

Iklan

Baca juga: Shiera Ijoy kongsi panorama rumah dusun miliknya yang lengkap dengan jakuzi tepi sungai. Memang cantik!

Sumber: Bernama, KPKT

Foto: Bernama, Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi