TENANG dan cukup mendamaikan mata memandang apabila melihat kehijauan dan landskap rumah dusun milik hos dan pelakon terkenal, Sharifah Shahirah atau Shiera Ijoy.

Menerusi satu perkongsian, isteri kesayangan Ijoy Azhari yang mesra disapa Sheira telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan suasana di halaman kediamannya.

Selain dikelilingi dengan pokok-pokok durian, kelihatan aliran sungai kecil di tepi rumah.

Sebuah jakuzi  berwarna putih disediakan Shiera untuk kegunaan anak-anak bermain air sambil melihat keindahan alam.

Baca ni Ibu bawa anak-anak keliling dunia sebelum mata mereka buta. Kisah sayu keluarga ini tarik perhatian dunia

Video seumpama itu bukanlah kali pertama dikongsikan Shiera yang juga ibu kepada lima cahaya mata itu.

Sebelum itu, beliau ada berkongsi beberapa rakaman yang memaparkan keindahan kawasan berdekatan rumahnya itu.

Perkongsian video itu telah menarik pehatian warga maya. Rata- rata kagum dan terpesona melihat panaroma halaman rumah dusun tersebut.

“Hebatnya rumah dusun Kak Shiera. Walaupun simple, tetapi rasa tenang melihatnya. Musim durian mesti lagi best kan. Teringin juga nak ada rumah dusun macam ini,” demikian komen yang diberikan oleh warga maya.

Iklan

Barang rumah murah DI SINI

Bahkan, ada juga pelayar yang mengakui, laman rumah tersebut sesuai jika mahu dijadikan lokasi perkahwinan yang berkonsepkan hutan.

Untungnya kalau pandai menguruskan wang kan?

Lepas ini, kalau sudah tidak aktif dalam bidang seni, bolehlah Shiera rehatkan diri dan habiskan masa bersama keluarga di rumah dusun tersebut.

Iklan

baca lagi Wanita ini kongsi tip cuci kesan conteng anak di dinding guna tiga bahan. Hasilnya, bersih berkilat!

Sumber: shieraijoy

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan