KERJAYA seorang juruterbang sememangnya nampak gah pada mata sesiapa pun. Gaya mereka yang lengkap berpakaian uniform dan kelihatan hebat ketika menarik bagasi menuju ke lapangan terbang memang tidak dapat dinafikan lagi.

Pun demikian, sejak penangan pandemik Covid-19 ini, dunia penerbangan merupakan antara sektor paling terjejas teruk.

Natijahnya, hari demi hari syarikat penerbangan terpaksa melepaskan sejumlah pekerja gara-gara tidak dapat menanggung kos operasi dan membayar gaji pekerja. Terbaharu adalah Malindo Air.

sagopop pilot

Daripada ribuan yang diberhentikan, kisah seorang juruterbang, Mohamad Akram Abd Rahim penuh dengan inspirasi.

Selepas pendapatannya terjejas, nampaknya Mohamad Akram tidak mengalah dengan dugaan yang dihadapi. Beliau bangkit dengan menjual makanan viral!

Apa yang dijualnya? Lelaki itu menjual sagopop! Menariknya, ia bukan sahaja menjadi perhatian dan dinikmati oleh peminat pencuci mulut berasaskan sagu, malah penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza pun pernah rasa.

sagopop pilot

Pelbagai perisa sagu dengan gabungan susu Thailand itu membuatkan ramai teruja dengan topping istimewa. Sekali tengok, sayang pula nak makan.

Mohamad Akram tidak berseorangan kerana isteri tersayang, Shakira Mirza membantunya mengusahakan bisnes baharunya itu.

Perkongsian Mohamad Akram dalam satu hantaran di Facebooknya juga mengundang sebak warganet.

Memetik kata-katanya:

“Bangun daripada tidur hari ni, hari lain bagi aku dan ramai teman-teman Malindo. Hari yang suram. Genap 2,344 hari aku bersama Malindo.

Bagi aku sudah cukup lama, enam tahun empat bulan hati ini tetap dikecewakan. Akhirnya segala yang korban untuk ‘stay afloat’ dari awal tahun paid terpaksa akur.

Airline yang paling lama aku pernah berkhidmat, airline yang aku dulu pernah nampak vision jauh….

Iklan

#Terimakasih #malindoair bagi aku peluang menjadi kelurga malindo
#Terimakasih #malindoair peluang aku menjadi seorang captain
#Terimakasih #malindoair bagi peluang cari rezeki untuk anak bini keluarga aku
#Terimakasih #malindoair bagi aku melihat sebahagian dunia yang tak mampu aku sendiri pergi

Banyak lagi nak diucapkan tapi perasaan tak mampu nak bersuara. Semua kawan yang terkesan sekali sama-sama kita kuat dan harung semua semoga ada rezeki yang lebih baik

sagopop pilot

Terima kasih kawan2 dan keluarga yang sentiasa bagi semangat. Maka SagoPop akan menjadi punca rezeki kami dari hari ni. Amin.

#Dari deck penerbangan, saya, Kapten Akram Rahim dan juga anak-anak kapal ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana terbang bersama kami semoga bertemu di masa hadapan.

Iklan

Begitulah kisah kehidupan manusia yang penuh liku dan onak duri. Hidup memang macam roda. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Namun, kita sebagai hamba-NYA, kena reda dengan ketentuan daripada YANG MAHA ESA.

Artikal berkaitan: Pilot masih belum ‘gantung baju’, lengkap beruniform jual Mi tepi jalan cari rezeki

Sesungguhnya, momentum perubahan yang dilakukan juruterbang itu perlu diteladani. Dari awan biru, beliau kini sanggup berpanas di dapur untuk memenuhi tempahan sagopop.

Bagi SinarPlus, ia satu yang murni dan anjakan yang sangat dikagumi.

Kepada mereka yang turut terjejas, jangan cepat putus asa dan contohilah usaha mereka yang bangkit untuk berjaya dalam bidang lain seperti Kapten Akram Rahim ini. Insya-ALLAH