Dedah nikah isteri kedua dengan restu yang pertama siap video tunjuk 'jaga hati' undang amarah kaum Hawa, Abang Tesla dikecam teruk

A
A
A

Dedah nikah isteri kedua dengan restu yang pertama undang amarah kaum Hawa, Abang Tesla dikecam teruk

PEMPENGARUH TikTok yang dikenali sebagai Abang Tesla dikecam hebat warga maya selepas tindakannya mendedahkan berkahwin kali kedua dengan restu isteri pertama.

Perkongsian video mengenai kelakuan dirinya dikatakan pandai menjaga hati isteri pertama menikam hati ramai terutama kaum Hawa termasuklah penyanyi, Shila Amzah.

Menerusi posting Instagram, penyanyi lagu Patah Seribu itu berpendapat, seorang suami yang benar-benar menyayangi isteri sepenuh hati tidak akan tergamak memadukan insan dicintai.

"Kalau awak betul sayang isteri pertama, tak adanya nak kahwin isteri kedua walaupun dapat izin dari yang pertama itu. Eh, baran (marah) tengok TikTok hari ini," tulisnya.

Baca juga ‘Once broken, considered sold’, suami isteri curang bersedia dengan kehilangan

Dalam pada itu Shila atau nama sebenar Nurshahila Amir Amzah itu turut menyelar hantaran yang tular didakwa sebagai penghargaan Abang Tesla terhadap isteri pertamanya.

"Fikir logik saja. Jangan nak buat ‘appreciation post’ panjang berjela nak tunjuk bagaimana awak hargai isteri pertama bila awak buat keputusan untuk menduakan dia,"luahnya.

Selain Shila, pelakon berkaliber, Nabila Huda turut tampil menyatakan tiada wanita yang sanggup berkongsi kasih dengan cinta kedua suami.

"FYI, kami (wanita) we don't do sharing.. Tak ada dalam kamus hidup kami nak kena berkongsi orang yang kami bersumpah untuk cinta sampai mati dengan wanita lain ya. If you're mine, you're only mine. We only need one man and we want to be his only woman.

"Kalau masih lagi ada rasa bernafsu tengok perempuan lain dari pasangan sendiri, better jangan kahwin dulu la... Kalau rasa dah betul-betul bersedia nak jadi seorang suami setia pada your one and only isteri, baru kahwin. As simple as that," ciapnya di Twitter.

Baca juga Tiada yang ‘perfect’, usaha terima pasangan seadanya buat suami isteri bahagia

 

Pun begitu, penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang, turut terpanggil untuk memberi pesanan buat kaum wanita.

"Kalau ada lelaki macam ni tinggalkan jer, ini jenis statement manusia memang dari kaki belit.

"Isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai! Ini statement orang jenis apa ni?

"Kalau aku isteri pertama memang aku angkat kaki dan blah jer la," coretnya di Instagram.

Baca juga Kuat jodohnya! Jadi suami isteri selepas 60 tahun cinta terhalang ketika remaja

Menjengah ke laman sosial, pelbagai reaksi dan kecaman dilemparkan kepadanya. Ada yang mengatakan dia penunggang agama.

Ujar mereka;

"Nak kawin, kawin jelah... tak yah nak heboh kat socmed. Pastu buat statement acah-acah terpaling suami misali. Dia tahu ke isi hati isteri pertama tu reda... lawaklah. Sebesar kuman pun mesti ada rasa hati tak reda namanya manusia biasa."

"Poligami dibenarkan tapi tidak digalakkan. Poligami untuk kes yg besar contohnya isteri tu sakit tak boleh nak khidmat, tak boleh lahirkan zuriat, meroyan, gila. Kalau sekadar mampu dari segi duit tapi tak mampu bawak isteri ke Syurga, fikir banyak kali. Takut yang pimpin tu nafsu semata. Utamakan akhirat dulu."

"Statement macam tu menguris hati wanita isteri pertama macam pisau tu menikam dada beribu kali. Apa niat kamu sebagai suami sebenarnya di dunia ni. Guna nama ustaz, umpan dengan duit. Ingat ye para suami jika salah seorang isteri kamu tidak reda menjawablah kamu di akhirat nanti, di dunia seronok la kamu."

"Ya betul! Kesetiaan seorang isteri diuji bila suami tiada apa²-apa. Kesetiaan seorang suami diuji bila hidup dah senang lenang dan kaya raya."

"Yang lelaki memang salah. Tapi yang lagi salah, yang jadi nombor dua tu. Dia dah tau si lelaki dah ada anak isteri, kenapa masih melayan si lelaki?"

Baca juga Suami isteri wajib tahu dalam sebulan ada 3 tarikh makruh bersetubuh

Gambar fail.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video di TikTok dimuat naik Abang Tesla yang mengumumkan dirinya sudah bernikah untuk kali kedua.

Menerusi kapsyen dalam video yang dimuat naik di platform berkenaan, Abang Tesla memberitahu yang perkahwinan keduanya itu mendapat restu isteri pertamanya.

"Tiga jam sebelum melangsungkan pernikahan kedua, solat Subuh sama-sama sambil diiringi air mata.

"Mungkin ramai yang berkahwin tanpa pengetahuan isteri, tapi saya tidak. Saya tidak akan membelakangi isteri saya," katanya.

Menurut Abang Tesla, isterinya reda dan sangat menjaga aibnya sebagai seorang suami.

"Tipulah kalau dia tidak sedih, tapi saya ambil masa untuk pujuk hati dia mengenai hasrat saya itu.

"Isteri yang baik adalah isteri yang taat kepada suami dan menjaga maruah suami," katanya lagi.

Abang Tesla berkata, dia terus berjumpa dengan isteri pertamanya sebaik sahaja selesai majlis akad nikah bersama isteri kedua.

"Selesai nikah saya terus cari isteri pertama untuk make sure (pastikan) dia tidak emosi.

"Poligami adalah sesuatu yang ALLAH beri untuk memperbetulkan apa yang silap. Jangan disebabkan orang lain, poligami dipandang hina di mata manusia," katanya.

Dalam hantaran berasingan, Abang Tesla memuat naik video menunjukkannya dan isteri pertama menghabiskan masa bersama.

Bagaimanapun, perkongsian video berkenaan menerima banyak kecaman terutama daripada pengikut wanitanya yang rata-ratanya kecewa selain menuduh Abang Tesla sebagai penunggang agama.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca