Suami isteri wajib tahu dalam sebulan ada 3 tarikh makruh bersetubuh

DIKATAKAN bahawa ada tarikh-tarikh tertentu yang menegah pasangan suami isteri menjalinkan hubungan intim.

Selain menjadi pelengkap iman, antara nikmat lain yang dikecapi oleh pasangan suami isteri adalah peluang untuk menjalinkan hubungan intim bagi meningkatkan suasana harmoni dalam rumah tangga.

Ikatan sah yang ada membolehkan pasangan suami isteri bersetubuh pada bila-bila masa, kecuali pada waktu tertentu seperti pada hari siang di bulan Ramadan atau ketika si isteri sedang haid.

Namun, dalam pada itu, dikatakan juga umat Islam ditegah daripada melakukan persetubuhan pada tarikh-tarikh tertentu setiap bulan kerana dikatakan bahawa syaitan akan turut bersetubuh dengan kita pada malam tersebut.

Memetik portal Mufti Wilayah Persekutuan, memang ada sebahagian ulama mazhab Syafie yang berpandangan bahawa makruh hukumnya bersetubuh pada tiga malam pada setiap bulan iaitu pada malam pertama, pertengahan dan pengakhirannya.

Baca juga Dilema suami malas, tak jatuh pun ego lelaki buat kerja rumah

 

Antara ulama yang pernah menyebutkan tentang perkara itu adalah Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Ihyaa’ ‘Ulum al-Din.

Katanya: “Persetubuhan hukumnya makruh pada tiga malam dalam setiap bulan, iaitu pada malam pertama, terakhir dan pertengahan. Dikatakan bahawa syaitan akan turut serta dalam persetubuhan yang dilakukan pada malam-malam tersebut. Hukum makruh ini turut diriwayatkan daripada Saidina Ali, Mu‘awiyah dan Abu Hurairah RA.

Walau bagaimanapun, cendekiawan Syeikh Ibn Hajar al-Haitami menyifatkan pandangan tersebut sebagai lemah kerana tidak disokong oleh sebarang dalil.

Hal berkenaan juga dipersetujui oleh pihak Mufti yang berpendapat bahawa pandangan yang memakruhkan persetubuhan pada permulaan, pertengahan dan pengakhiran setiap bulan qamariah adalah lemah.

Pun begitu, para fuqaha bersetuju bahawa adanya amalan sunnah untuk berdoa terlebih dahulu sebelum memulakan senggama.

Baca juga Tiada yang ‘perfect’, usaha terima pasangan seadanya buat suami isteri bahagia

Iklan

Doa yang dimaksudkan ialah doa yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Apabila salah seorang daripada kamu ingin mendatangi isterinya maka bacalah:

بِاسْمِ اللَّهِ، اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ، وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا، فَإِنَّهُ إِنْ يُقَدَّرْ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ فِي ذَلِكَ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْطَانٌ أَبَدًا

Maksudnya: Dengan nama ALLAH, ya ALLAH, ya Tuhan kami, jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang kamu rezekikan kepada kami. Sesungguhnya jika ditakdirkan (ALLAH) buat kamu berdua anak pada waktu itu, maka anak tersebut tidak akan dimudaratkan oleh syaitan buat selamanya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Jelas portal itu, umat Islam disarankan mengamalkan doa tersebut untuk menghalang syaitan daripada mengotori zuriat yang terhasil daripada persetubuhan.

Iklan

Semoga bermanfaat!

Sumber: Sinar Islam Plus, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!