SUSULAN meninggalkan skuad kebangsaan, pemain badminton perseorangan, Lee Zii Jia menjadi tumpuan ramai.

Sementelahan apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk tidak mendaftarkan namanya dalam mana-mana kejohanan untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 18 Januari 2022.

Beberapa jam selepas itu, Zii Jia dilihat menukar gambar profil akaun laman sosial Facebook rasminya kepada warna hitam.

Baca juga:  33 Minit Zii Jia Benam Perancis, Menang Bergaya. 10 Fakta Jaguh Badminton Ini

Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan Zii Jia. Bagaimanapun keputusannya menukar gambar profil sebegitu secara tidak langsung menggambarkan kekecewaannya dengan keputusan BAM.

Tidak sekadar itu, para peminat turut menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap denda yang dikenakan.

Malah, difahamkan atlet badminton luar negara turut menyatakan solidariti kepada atlet kelahiran Kedah itu.

Antaranya yang mempertahankan Zi Jia adalah pemain perseorangan nombor satu dunia, Viktor Axelsen dan pemain perseorangan Denmark, Hans-Kristian Vittinghus.

Baca juga: Menonton Lebih Tertekan Daripada Bermain – Lee Chong Wei

Mungkin ramai  yang tertanya-tanya dan bimbang keadaan Zii Jia setelah berhadapan keputusan BAM yang disifatkan menyekat perkembangan kariernya.

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna laman sosial TikTok @zacharyyeoh, atlet 23 tahun itu dilihat ceria dan sporting melayani peminat.

Difahamkan video berkenaan dimuat naik bagi membalas pertanyaan warganet yang mengatakan wajah Zachary yang mirip Zii Jia.

Video berdurasi lapan saat itu memaparkan Zii Jia melambai ke arah kamera dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

@zacharyyeoh Reply to @reenoss__ ♬ original sound – zacharyyeoh

Menerusi ruangan komen, para peminat menyatakan sokongan buat Zii Jia.

Iklan

– “ Terus kuat Zii Jia, kami sentiasa menyokong kamu.”

– “Senyum je dia, terus kuat bro.”

– “Rakyat Malaysia sentiasa bersamamu.”

– “Lega melihat Zii Jia senyum kembali, terus kuat Zii Jia.”

– “Terima kasih muat naik video ini.”

– “Zii Jia sangat profesional.”

Iklan

Lee Zii Jia yang mula menyertai pasukan badminton kebangsaan pada 2010 berada pada ‘ranking’ ketujuh dunia.

Bakat Zii Jia tidak perlu dipertikaikan lagi. Antara kejayaannya ialah merangkul pingat emas perseorangan lelaki pada Sukan Asia Tenggara 2019 dan Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 2021.

Baca juga: Miliki 2 pingat Olimpik, 7 dari kejohanan dunia, 16 fakta Pandelela yang mengagumkan

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: TikTok @zacharyyeoh, Badminton World Federation