LAZIMNYA pulang dari kampung selepas puas berhari raya, pastinya ada buah tangan yang sempat dibawa pulang seperti hasil kebun, sayuran mahupun masakan air tangan mak.

Namun lain pula yang ‘dibawa’ pulang pemuda ini apabila perjalanannya dari Semenyih ke Tanjong Karang, Selangor ditemani bunyi tangisan anak kucing.

Sangkaan awal, Mohd Faeez Mohd Fuad, 22, bunyi seperti suara anak kucing itu datangnya daripada radio, namun lama kelamaan, bunyi semakin kuat dan tidak berhenti.

Risau perkara buruk berlaku, pemuda tersebut membuat keputusan untuk berhenti di Kuala Selangor sebelum menghubungi talian kecemasan 999 untuk bantuan.

Perkongsian di akaun Facebook, Suzaini Sulaiman mengenai insiden malam tadi berjaya menyelamatkan anak kucing yang terperangkap di bahagian lampu belakang kereta.

anak kucing apm

“Saya terus baring di hadapan kereta sambil kawan-kawan yang lain melihat segenap ruang atas bonet dan tepi tayar sambil terdengar bunyi meow seperti anak kucing yang ketakutan.

“Cuba meraba raba dari bawah dan bunyinya seakan lebih jelas dari bawah kereta, mujur tidak dekat dengan bahagian enjin, kalau tidak mesti dah ‘arwah’ dah kucing tu.

“Seorang anggota lagi cuba membuka plastik pelindung di bawah lampu sebelah kanan dan muncullah anak kucing bulus berwarna kelabu jatuh ke bawah.”

Operasi tidak sampai lima minit akhirnya berjaya menyelamatkan anak kucing tersebut dan sempat diberikan air minum kerana kehausan. Pemilik kenderaan pula bersetuju untuk membela anak kucing tersebut.

Iklan

anak kucing apm

Kes sebegini selalu terjadi, cuma menjadi kebimbangan kalau kucing itu mati dan tidak sempat diselamatkan. Penuh rasa syukur dan gembira sangat setiap kali kami berjaya menyelamatkan haiwan yang terperangkap.

Barangkali bagi orang lain, menyelamat sekadar anak kucing benda biasa namun bagi APM mahupun badan penyelamat lain, sekecil aduan yang diterima pasti dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Iklan

#janganputusasamalaysia

Sumber:
Lt.M (PA) Suzaini Sulaiman
Pegawai Pasukan APM Kuala Selangor