Disindir terkena sumpahan, wanita kongsi pengalaman muka bengkak, berkedut ketika hamil

A
A
A

KEHAMILAN menyaksikan tubuh wanita mengalami pelbagai perubahan termasuk pada kulit wajah.

Itulah pengorbanan ibu. Walaupun ia hanya bersifat sementara atau dikatakan ‘pembawaan bayi,’ fasa itu cukup mencabar untuk dilalui.

Demikianlah keadaan dihadapi seorang wanita Nur Ain, 38, yang mana wajahnya berubah dengan ketara. Ia berubah menjadi kasar, membengkak dan berkedut semasa hamil anak kedua.

“Pembawaan baby is real korang. Gambar yang muka macam nenek itu ketika hamil sembilan bulan, waktu hampir nak bersalin.

“Muka sebelahnya adalah pada hari ini selepas empat bulan bersalin dan naik turun jumpa pakar kulit..

“Doakan saya kuat, sebenarnya sejak mengandung malu sangat orang ajak bergambar,” tuturnya.

Menurut Ain lagi, wajahnya yang membengkak itu sembab  dan berminyak.

"Hendak pakai tudung tidak selesa. Dekat dengan tarikh bersalin saya rasa sakit dan pedih ketika mencuci muka," katanya.

Wajah Ain ketika hamil (kiri) manakala sebelahnya adalah wajah Ain selepas empat bulan bersalin.

Lapan tahun menantikan zuriat kedua, Nur Ain tidak menyangka akan berhadapan masalah sedemikian.

Paling mengguris perasaan ialah kata-kata orang tentang wajahnya.

“Lapan tahun jarak untuk dapatkan anak kedua ini. Sekali mengandung muka macam ni. Tapi tidak semua orang dapat pengalaman seperti ini.

“Paling best dimana-mana rasa seperti orang prihatin terhadap saya sebab kasihan,

“Tapi ada juga mulut-mulut yang tak best, cakap muka saya kena sumpahan laa, muka saya accident,” kata Nur Ain.

Ain ketika sebelum hamil anak keduanya.

Bahkan, menurutnya ada yang enggan hamil kerana fobia keadaan yang sama menimpa mereka.

Dalam pada itu, Nur Ain yang sudah melahirkan seorang bayi lelaki empat bulan lalu berharap kulit wajahnya pulih sepenuhnya tidak lama lagi.

Wanita dari Kulai, Johor itu menganggap dorongan daripada suami sebagai motivasi untuknya terus positif.

Anak kedua Ain.

“Terima kasih suami tidak jemu puji isteri dia cantik, sedikit pun tidak pernah cakap yang bukan-bukan, selalu beri semangat,” kata Nur Ain yang turut melalui pendarahan dan jerawat pada tubuh sepanjang hamil.

Demikianlah pengorbanan yang perlu dilalui ibu ketika kehamilan demi melahirkan zuriat yang diimpikan. Dalam pada itu, warga maya turut memberikan dorongan dan mendoakan kesembuhan buatnya.

- "Ya Allah kuatnya sis menghadapi. Alhamdulillah selamat bersalin."

- "Semoga baik sahaja. Semoga Allah bagi ganjaran atas segala kesabaran dan pengorbanan."

- "Semoga dipermudahkan segala urusan dan cepat pulih seperti sediakala."

Kebanyakan ibu hamil mengalami perubahan fizikal termasuk kulit berminyak dan tompok-tompok di sekitar mata, hidung dan pipi dipanggil chloasma atau sebagai topeng mengandung.

Hampir semua perubahan yang terjadi tidak boleh dielakkan kerana ia terbentuk disebabkan oleh perubahan hormon.

Baca juga: Perut Ibu 30kg Ketika Hamil, Kembar 9 Pecah Rekod Dunia Bakal Pulang Ke Mali

Baca juga: Pasangan Kekasih Pembawa Talasemia Menangis Terpaksa Putus, Enggan Risikokan Zuriat Warisi Penyakit

Baca juga: Uniknya kanak-kanak ini, miliki nama 19 perkataan, keluarga bimbang tak dapat sijil kelahiran

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Cik Nur Ain

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca