Ditegur makan ikan sampai habis, perkongsian Alif Satar menginsafkan. 'Kena selalu bersyukur'
PELAKON, Alif Satar sering berkongsi aura positif. Malah beliau juga antara selebriti yang menggalakkan masyarakat melakukan solat Subuh berjemaah di masjid atau #gengsubuhmacamjumaat.
Terbaru, penyanyi, pelakon dan pengacara itu berkongsi kisah pengajaran yang dialaminya sendiri. Ujarnya, beliau pernah ditegur oleh individu selepas menghabiskan ikan goreng yang dihidangkan.
Mengimbas kembali keika terlibat dengan sesi penggambaran beberapa tahun lalu, Alif dan beberapa kru penggambaran menikmati makan tengah hari sebelum ditegur seorang kru kerana makan ikan goreng sampai licin.
"Saya makan ikan sampai puas. Contohnya ikan keli goreng, kita akan makan sampai puas. Hujung tulang akan cari satu-satu sampai habis.
"Lepas tu, hamba ALLAH ini bertanya kenapa makan ikan macam begitu?" katanya.
Jawab Alif tindakannya itu kerana ingin menghabiskan ikan tersebut namun respons daripada individu berkenaan itu membuatkan Alif terkejut.
"Dia cakap: "Kita dengan mak kita makan ikan, cubit satu, terbalikkan ikan. Cubit satu dan buang.
"Banyak lagi tu kenapa tak habiskan? Jawabnya: Tak apalah ikan murah. Makan sikit, buang. Lepas tu beli lain," kongsi Alif.
Ujar penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku itu mendedahkam Alif menerima mesej daripada tersebut beberapa bulan lalu.
Lebih menyedihkan, kru berkenaan telah meminta bantuan ketiadaan wang untuk makan di samping sedang menjaga ibunya yang sakit.
Ketika, Alif teringat kembali momennya ditegur kru tersebut kerana menghabiskan ikan goreng yang dimakan ketika disediakan.
Oleh itu, Alif membuat kesimpulan tentang erti kesyukuran kerana ALLAH yang memberi rezeki kepada hamba-Nya.
"Pengajarannya, kita tidak tahu rezeki kita. Mungkin hari ni makan ni.
"Kena selalu bersyukur yang Tuhan bagi kita rezeki. Bila bulan Ramadan ni, ramai makan bufet, so sentiasa beringat. Itulah kisah ‘Ikan dan Rezeki.'
“Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan lagi. Tetapi jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" - al Quran (14:7)," kongsinya.
Warga maya mengambil iktibar daripada kisah yang dikongsikan. Ujar mereka:
- "Kena syukur dan ucap Alhamdulillah bila dapat makan. Sebab ramai lagi nak makan sekali sehari pun susah."
- "Habiskanlah, biar tinggal sisa sahaja. Kita tidak tahu bahagian mana ada rezeki baik-baik."
- "Hidup kena beringat sentiasa jangan cakap besar bila-bila masa ALLAH boleh tarik balik rezeki yang diberi."
- "Bukan masalah mahal atau murah sesuatu makanan itu tetapi bagaimana kita hargai rezeki ALLAH bagi. Walau mungkin rezeki itu tak sedap mengikut citarasa kita. Jangan membazir.'
Moga perkongsian ini memberikan manfaat dan pengajaran!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang