DI musim gelombang Covid-19 yang kembali mengganas di negara kita, SinarPlus percaya individu yang paling terkesan adalah golongan petugas barisan hadapan.

Selain sanggup berkorban masa, tenaga untuk masyarakat, ada antara mereka yang terpaksa berpisah dengan keluarga.

Seperti seorang frontliner, Siti Nurjannah Abu Bakar ini yang terpaksa berpisah dengan suami dan anak-anak.

Kongsinya di Facebook;

Meninggalkan anak-anak dan suami untuk berbakti kepada negara sebenarnya bukan keputusan yang mudah.

Mana mungkin seorang isteri dan seorang ibu sanggup meninggalkan keluarga jika untuk berseronok.

Ya, memang ada mulut-mulut mengatakan aku bodoh sebab serah diri ke tempat yang sememangnya diketahui sebagai Red Zone.

Ada juga mengatakan seronok sebab akan dapat elaun yang banyak yang aku sendiri tak paham maksudnya. Tapi aku tak kisah.

Bagi aku, tujuan aku pergi semata-mata kerana ingin berbakti pada negara dan membantu rakan-rakan seperjuanganku yang lain.

Selain aku dapat menimba pengalaman di tempat orang.

Ye la nak jadi askar, pegang senapang aku tak layak.

Jadi ini saja la bakti aku pada negara, melawan musuh yang tak nampak di mata.

Artikel berkaitan: Wanita jadi cikgu ajar lelaki pandu treler, jentera berat dan motosikal kuasa tinggi

Membaca mesej yang diberikan oleh cikgu pra sekolah anak pada aku, membuatkan aku menangis.

Sungguh hati seorang ibu sangat mudah tersentuh bila berkaitan anak-anak.

Dan hari ini, setelah 18 hari aku di bumi Sabah aku disahkan positif Covid-19.

Benda yang aku paling tak jangka, yang aku tak pernah mimpi, yang aku takuti, terjadi jua.

Iklan

Rasa down? Speechless? Menangis la aku sepuas hati tadi selepas dapat keputusan yang paling aku tak jangka.

Namun menyesal tidak sekali. Aku tau perancangan Allah lebih baik. Allah sayang aku dan keluarga aku sebab tu macam-macam Allah uji aku.

Aku berdoa agar aku cepat sembuh dan dapat jumpa semula keluarga aku.

Terima kasih kepada keluarga, rakan, orang-orang atasan yang call dan whatsapp kata-kata semangat pada aku.

Sungguh sangat bererti doa kalian pada aku. Dan sesungguhnya ujian yang paling tidak tertanggung adalah rindu.

AKU SEORANG FRONTLINER,
Doakan aku bebas dari Covid-19.

Iklan

Sumber: Siti Nurjannah Abu Bakar

SinarPlus turut mendoakan semoga dipermudahkan urusan Siti Nurjannah dan semua petugas barisan hadapan. Kita belum menang, teruskan mengamalkan SOP dan #kitajagakita.