“DON’T judge a book by its cover,” itu ungkapan yang diluahkan ramai apabila melihat satu video memaparkan teletah seorang mak cik fasih berbahasa asing.

Malaysia merupakan sebuah negara terdiri daripada masyarakat majmuk yang berbilang kaum, budaya dan agama.

Jadi tidak hairanlah apabila sesetengah rakyat mampu menguasai bahasa bangsa lain dengan baik selain bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu.

Namun berbeza dengan seorang mak cik ini apabila dilihat sangat fasih berbahasa Jepun. Wow! Siap ajar delegasi negara matahari terbit itu bertutur bahasa Melayu.

Baru-baru ini, video seorang mak cik yang merupakan seorang pekerja pembersihan (cleaner) di Masjid Negara yang fasih berbahasa Jepun telah tersebar di pelbagai platform media sosial.

Video tersebut pada mulanya dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Hanafi Damanhuri.

Menurut laporan Sin Chew Daily, ketika itu Hanafi membawa sekumpulan delegasi dari Jepun melawat Masjid Negara.

Baca juga Wanita hebat, Iman Asri terpilih Syahadah Ula al-Fateh, lulus semakan 30 juzuk dalam 17 jam, 5 info mengenainya

"Don't judge a book by its cover," tular mak cik 'cleaner' fasih berbahasa Jepun buat ramai tabik

Selepas mendengar sembang kumpulan itu, mak cik ini ingin tahu dan dengan yakin mendekati mereka lalu masuk mencelah.

Mak cik itu kemudian mula bercakap dengan mereka dalam bahasa Jepun secara sempoi dan hebat.

Menerusi video berdurasi 45 saat itu, jelas boleh mendengar pertuturannya lancar dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Jepun semasa dia menerangkan perkataan dalam bahasa Melayu berselang-seli dalam tiga bahasa itu kepada mereka. Ketika itu mak cik ini juga sedang memegang mop.

“Sudah makan, sudah tidur. Anda hanya menambah perkataan ‘sudah’. Bahasa Melayu itu mudah,” terangnya kepada delegasi itu dalam bahasa Jepun dan Inggeris.

Melihat situasi itu, ramai warga maya terpegun dan terpesona dengan kemahiran mak cik berkenaan berbahasa asing.

Malah, ada yang tampil mengatakan mak cik itu dikenali dengan nama Kak Ning. Dia otai pemandu pelancong (tourist guide). Banyak bahasa dia kuasai termasuk Jerman, namun kerja sebagai cleaner secara separuh masa sejak PKP kerana tiada kerja.

Ujar mereka;

“Don’t judge a book by its cover. Buang rasa menghakimi orang lain dalam diri kita. Walaupun kerja mereka cleaner, tetapi percayalah kadang-kadang keadaan membuat mereka ‘terpaksa’ memilih kerja itu. Mereka ada yang berpelajaran tinggi dan berpengalaman luas. Tabik kepada mak cik ini..”

“Respec! Mak cik yang hebat! Boleh dibawa ke hadapan lagi mak cik ni terbaik.”

“Kadang-kadang ada mak cik yang sudah pencen dulu kerja bagus pun sengaja buat kerja yang macam ini, hendak buat amal jariah, buang rasa bosan di rumah, atau banyak sebab lain yang dia suka, terhibur dan gembira kita tak tahu.

“Perghh power! Hormat mak cik ini seorang yang hebat!”

Baca juga [VIDEO] Tak kisah beza agama dan budaya, aksi adik ini suapkan kawan OKU buat netizen sebak

“Sebab tu kita jangan pandang rendah dekat sesiapa pun sebab sbb kita tak tau background mereka.”

Wah! Memang betul fasih, boleh dijadikan inspirasi buat wanita lain untuk menguasai lebih banyak bahasa. Ilmu mengangkat martabat seseorang.

Sementara itu, ini perbendaharaan kata bahasa Jepun yang mudah untuk dipelajari apabila berjumpa seseorang;

  • Helo
    こんにちは
    (konnichiwa)
  • Selamat pagi
    おはようございます
    (ohayou gozai masu)
  • Selamat tengah hari
    こんにちは
    (konnichiwa)
  • Selamat petang
    こんばんは
    (konbanwa)
  • Selamat malam
    おやすみなさい
    (oyasuminasai)
  • Siapa nama awak?
    あなたのお名前は?
    (anata no o namae wa)
  • Nama saya ialah ___
    私の名前は_
    (watashi no namae wa _)
  • Maaf, saya tidak dengar
    ごめん、聞こえなかった
    (gomen, kikoenakatta)
  • Di mana awak tinggal?
    どこに住んでいるの?
    (doko ni sundeiruno ?)
  • Awak berasal dari mana?
    あなたの出身地はどこですか?
    (anata no shusshin chi wa doko desu ka)
  • Apa khabar?
    お元気ですか?
    (o genki desu ka)
  • Khabar baik, terima kasih
    はい、元気です
    (hai, genki desu)
  • Awak pula?
    あなたは?
    (anata wa)
  • Selamat berkenalan
    はじめまして
    (hajimemashite)
  • Gembira berjumpa dengan awak
    はじめまして
    (hajimemashite)
  • Salam sejahtera
    良い一日を
    (yoi ichi nichi wo)
  • Jumpa lagi
    後でお会いしましょう
    (atode o ai shimashou)
  • Jumpa kamu esok
    また明日お会いしましょう
    (mata ashita o ai shimashō)
  • Selamat tinggal
    さようなら
    (Sayōnara)

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.