WANITA hebat, demikian ungkapan sesuai diluahkan buat Iman Binti Mohd Asri yang terpilih sebagai Syahadah Ula al-Fateh.

Menghafal keseluruhan al-Quran ialah fardhu kifayah dan sunat ain iaitu sunat ke atas setiap Muslim. Tentu ramai yang mempunyai impian menguasai al-Quran.

Tidak hanya semata-mata menghafal 30 juzuk, aspek tajwid dan bacaan juga perlu diambil kira.

Baru-baru ini tular seorang wanita, Iman Mohd Asri, 24, terpilih untuk memegang Syahadah Ula al-Fateh ketika usia remajanya. Perkara tersebut dikongsikan Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin menerusi saluran Telegram beliau.

Baca juga: Berkat hafal 30 juzuk al-Quran, calon SPM ini dapat 8A

Baca juga: Berkat bantu bapa menjual mi ayam, gadis ini berjaya hafaz 18 juzuk al-Quran

“Sejak dahulu saya kenali beliau sebagai anak remaja yang hebat. Beliau adalah di antara beberapa orang di pemegang ‘Syahadah Ula al-Fateh ketika remaja

“Beliau lulus dengan jayanya, semakan tahfiz 30 juzuk al Quran oleh empat orang pemeriksa dalam tempoh 17 jam,” titipnya.

Menurut Dr Zainur Rashid, wanita itu kini memiliki sanad tahfiz 30 juzuk al-Quran yang melayakkan diri untuk menjadi pengajar tahfiz di mana-mana negara di seluruh dunia.

LIMA INFO SYAHADAH ULA DALAM HAFAZAN AL-QURAN

1-Syahadah terdiri daripada tiga peringkat dan peringkat yang tertinggi adalah Syahadah Ula. Ia juga dikenali sebagai Syahadah Ulya.

2-Tiga peringkat Syahadah Ula iaitu Syahadah Thalisah yang mengambil masa tiga hari untuk khatam. satu hari diperlukan untuk menghabiskan bacaan 10 juzuk al-Quran.

3-Syahadah Thaniah pula memerlukan pelajar untuk membaca 15 juzuk sehari.

4-Selepas lulus Syahadah Thalisah dan Thaniah, kemudian barulah pelajar boleh menduduki Syahadah Ula.

5-Syahadah ula Al-Fateh diberikan kepada pelajar yang memenuhi kriteria ini:

Iklan
  • Pelajar akan disemak hafazan 30 juzuk al-Quran dalam masa sekitar 17 jam oleh 4 panel penguji.
  • Pelajar tidak memerlukan 10 pembetulan atau lebih dalam 30 juzuk semakan hafazan.
  • Pelajar tidak melakukan lebih daripada 10 kesilapan bagi setiap juzuk semakan hafazan.

Bukan calang-calang Syahadah ula Al-Fateh yang diraih iman ini. ilmunya turut dikongsikan kepada yang lain dan berjaya melatih kepada lima orang pelajar Syahadah Ula.

Semoga kejayaan diperolehi wanita ini menjadi ikutan dan inspirasi buat wanita lain.

Baca juga: Hafal 30 Juzuk Dalam 9 Bulan 22 Hari, Pelajar MRSM Dedah Tip Khatam Pantas

Baca juga: Subhanallah, rupanya lebih 700,000 hadis dihafaz oleh Imam Ahmad ketika hayatnya

Faedah dan keistimewaan menghafaz al-Quran

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menghafaz al-Quran memberikan beberapa faedah dan keistimewaan bukan semata-mata di akhirat tapi di dunia. Antaranya ialah:

Iklan

-Fikiran yang jernih.
-Kekuatan memori.
-Ketenangan dan kestabilan psikologi.
-Senang dan bahagia.
-Bebas daripada perasaan takut, cemas dan sedih.
-Mampu bercakap di khalayak awam.
-Mampu membina hubungan sosial yang lebih baik dan memperoleh kepercayaan orang lain.
-Memiliki kekuatan dan ketenangan psikologi.

Sumber: Prof Dr Zainul Rashid Mohd Razi , Jannah Asri, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan