Dulu tokan dadah, kini imam surau

TIGA tahun menjalani hukuman di Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang cukup menginsafkan Nor Effendi Abd Rahim, 33, bekas tokan dadah yang seterusnya membulatkan tekad untuk berubah ke arah yang lebih baik sebaik tamat tempoh hukuman itu.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, Nor Effendi yang sepatutnya menjalani hukuman penjara enam tahun serta 10 sebatan kerana mengedar dadah jenis syabu di pulau ini pada 2016, diberikan parol selama setahun, seterusnya dibebaskan tahun lepas.

“Berada di dalam penjara banyak memberi kesedaran menerusi program keagamaan seperti ceramah oleh ustaz, membuatkan saya mula mendekatkan diri dengan Allah. Sebelum ini solat tidak cukup waktu tetapi kini saya berubah, solat dah cukup, mula mengaji al-Quran dan hampir habis baca tafsir al-Quran dalam tempoh tiga tahun itu.

“Detik yang membuatkan saya terus insaf adalah apabila telefon kepada isteri, anak-anak, ibu serta ayah, mereka beritahu tidak ada duit nak makan, sedangkan saya berada di dalam penjara dapat makan seperti biasa. Saya berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan dengan diberi parol supaya dapat balik untuk bersama ahli keluarga seterusnya bantu mereka,” katanya.

Nor Effendi berkata demikian kepada pemberita semasa program santai bersama Orang Diparol (ODP) Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi di kediamannya di Kampung Dato’ Syed Nahar yang terletak di Pulau langkawi, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Penjara Malaysia Datuk Seri Zulkifli Omar.

Nor Effendi yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) fizikal (kecacatan tangan kiri dan masalah pada kaki kiri) tidak menyangka diberi kepercayaan menjadi imam selepas tujuh hari pulang ke kampung.

“Majlis Pengurusan Komuniti Kampung mahu membuka semula surau itu, tetapi tidak ada imam. Mereka kemudian tawarkan kepada saya, dengan ilmu yang diperolehi semasa menjalani hukuman penjara saya galas tanggungjawab itu. Alhamdulillah sudah lebih setahun amanah ini dijaga,” katanya.

Nor Effendi kini menjalankan perniagaan roti canai di Pasar Awam Kuah bagi menampung kehidupan bersama isterinya Hidayani Ibrahim, 44, serta tiga cahaya mata berusia antara sembilan dan 20 tahun.

“Isteri, anak-anak serta ibu bapa sentiasa menyokong saya untuk berubah dan buang perangai lama. Sekarang selepas selesai berniaga, saya habiskan masa bersama ahli keluarga dan hanya duduk di surau. Saya elakkan untuk lepak di kedai atau bercampur gaul dengan rakan-rakan lama.

“Berkenaan dengan penerimaan masyarakat, saya akui pada awal mereka sukar terima seorang bekas pengedar dadah berada dalam kalangan mereka, namun berubah perlahan-lahan apabila melihat kepada perubahan saya, masyarakat sudah boleh terima,” katanya.

BERNAMA

Share
Meen

Biodata Penulis

Published by
Meen

Recent Posts

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

2 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

5 hours ago

Sibuk sampai lupa nak makan? Ini lokasi Express Lunch di Glenmarie, Shah Alam yang boleh dicuba

SIBUK bekerja sampai boleh lupa nak makan! Tak dinafikan, kadang-kadang individu yang jenis workaholic, mereka…

6 hours ago

Tuah Nala kucing terkaya dunia, bernilai RM431.4 juta selepas ‘merempat’, raih anugerah TikToker Of The Year

BERTUAHNYA si comel ini. Dinamakan Nala, si bulus dari California, Amerika Syarikat ini mungkin kucing…

7 hours ago

Tasik diselimuti ratusan ribu ikan mati akibat gelombang panas dan kecuaian

  BERATUS ribu ikan mati dalam takungan di wilayah Dong Nai di selatan Vietnam disebabkan…

8 hours ago

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

22 hours ago