HomeKisah MasyarakatInspirasiEbit jumpa Mikhael, ketulusan...

    Ebit jumpa Mikhael, ketulusan kasih sayang ibu dan anak berlainan agama buat ramai tersentuh

    BARU-baru ini SinarPlus berkongsi tentang lelaki mualaf, Muhammad Mikhael Sathayah dan ibunya. Ketulusan kasih sayang dan akrab hubungan antara dua beranak itu biarpun berlainan agama menyentuh hati ramai.

    Aktivis masyarakat, Ebit Lew yang terkenal dengan keprihatinannya mengambil peluang bertemu mata dengan saudara baru itu.

    “Terharu sebak masa dengar kisah muka gengster tentang kasih sayangnya bersama ibunya walau setelah anaknya masuk Islam.

    “Kebaikan ibunya. Muka gengster anak mak. Sentiasa menjaga ibunya. Betapa ibunya menyayanginya,” titip Ebit.

    Baca juga: Ebit Lew ziarah bapa, anak dibaham buaya, hadiahkan bot dan enjin, titipkan semangat serta doa

    Ebit yang menghadiahkan sehelai jubah dan selendang kepada Muhammd Mikhael mengagumi kasih sayang ibu lelaki itu.

    “Dekat Ramadan ni makin kuat rindu mak ayah. Buat yang masih ada mak ayah hargai dan sayangilah mereka. Doakan yang sudah pergi .

    “Tadi maknya kata pada saya, ustaz jangan sedih saya macam mak ustaz. Sedih pula rasanya. Rindunya arwah mak ayah,” titipnya.

    Baca juga: Peluk Islam usia 12 tahun, miliki 22 cawangan Elewsmart. Ini 7 fakta tentang Ebit Lew

    Iklan

    Menurutnya, Muhammad Mikhael terharu dengan pertemuan itu.

    “Berulang kali (Muhammad Mikhael) cakap saya pendosa dapat jumpa ustaz. Saya pun orang biasa dan berdosa. Kita sama-sama perbaiki diri dan doa dapat reda ALLAH,” kongsinya.

    Baca juga: Baru peluk Islam, pemuda letak nota atas sejadah untuk belajar solat

    Penghijrahan tidak menghalang hubungan kekeluargaan. Warganet terharu dan memuji tindakan Muhammad Mikhael yang terus rapat dengan ibunya biarpun sudah memeluk Islam.

    Iklan

    – “Inilah Islam, menyantuni dan mendekati dengan penuh rahmat, Islam itu sejahtera, janganlah takut kepada Islam, agama kami tak ajar keganasan.”

    – “Ramai yang bukan Islam yang dah jatuh cinta pada keindahan ajaran Islam, takut nak masuk Islam sebab takut kehilangan keluarga. Dalam Islam, ibu bapa walaupun sudah berbeza agama, martabat mereka tetap tinggi. Islam menyuruh kita untuk sentiasa melayani ibu bapa kita sebaik-baiknya. Tidak ada beza pun.”

    – “Indahnya bumi bila ramai berdakwah dengan kasih sayang.”

    – “Inilah yang dikatakan hidayah itu milik ALLAH, DIA akan berikan petunjuk hidayah kepada sesiapa sahaja yang DIA inginkan.”

    Baca juga: Makan nasi dengan minyak, air, ibu anak 8 duduk tepi jalan, Ustaz Ebit hadiahkan motor

    Sumber: Ebit Lew

    Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

    Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

    Artikel Menarik

    Terkini

    Dari Penulis

    Pertemuan Dalam Kostum Spider-Man Terbesar, Malaysia pecah rekod dunia

    DALAM kemeriahan sambutan filem superhero Spider-Man: Across the Spider-Verse yang kini...

    Eksperimen Yonnyboii, mahu beri lebih pilihan buat peminat

    SELEPAS mendirikan rumah tangga, populariti penyanyi dan komposer muda, Yonnyboii dikatakan...

    Pesona Spider-Man: Into The Spider-Verse

    FILEM superhero yang ditunggu ramai, Spider-Man: Across The Spider-Verse kini menemui...