Isteri mohon Ebit Lew terus berjuang, bantu anak kecil Palestin hilang rumah, perlukan duit pembedahan

A
A
A

HATI mana yang tidak sayu apabila tidak berpeluang meraikan ulang tahun kelahiran pasangan baik suami mahupun isteri. Apatah lagi, terpaksa berjauhan seketika dek tuntutan kerja dan tanggungjawab.

Pun begitu, kesedihan dialami tidak dibiarkan berlarutan sebaik-baiknya diterjemahkan dalam bentuk doa semoga pasangan dikurniakan kebahagiaan berpanjangan.

Inilah situasi dialami pendakwah bebas Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew. Menerusi laman sosial Instagramnya, beliau memuat naik sekeping foto isterinya menyambut ulang tahun kelahiran semalam.

Dalam perkongsian tersebut Ebit yang kini melunaskan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin turut menitipkan coretan istimewa buat cinta hati.

"Selamat hari lahir bidadariku. Sorry bidadariku sayang abang tiada di rumah. Masih berada jauh.

"Syukur sempat buat kejutan buat bidadari. Terima kasih bidadariku. I love you sayangku. Rindu teramat sangat," tulis Ebit.

ebit lewEBIT sentiasa berkongsi coretan rasa terhadap isterinya yang digelar bidadari menerusi laman sosial.

Artikel berkaitan11 Patah Perkataan Status Terbaharu Ebit Lew Legakan Hati Rakyat Malaysia

Tidak berhenti di situ sahaja, bapa kepada empat cahaya mata itu turut menzahirkan kesyukuran kepada ALLAH kerana menghadiahkan seorang isteri istimewa.

"Terima kasih ALLAH memberi diriku bidadari yang sangat baik dan penguat diriku. Kerana ALLAH semuanya menjadi mudah dan indah.

"DIA yang temukan kita. DIA yang akan menjaga hubungan ini sampai syurga insya-ALLAH. Terima kasih ALLAH," ujar Ebit yang juga memohon kepada isteri kerana tiada di sisi pada ketika ini.

Bagaimanapun, jawapan isteri kepada Ebit begitu menyentuh hati khususnya dalam kalangan warga maya.

Rata-rata memuji keperibadian wanita tersebut yang disifatkan amat memahami perjuangan dan pengorbanan suaminya, malah tidak mengeluh sama sekali.

ebit lewPENDAKWAH bebas ini sedang melunaskan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin dan menunggu lampu hijau memasuki Semenanjung Gaza untuk menghantar bantuan.

Kongsi Ebit bait-bait kata isterinya: "Jawab bidadari saya, tak pe abang. Perjuangan abang hadiah terbesar buat sayang. Teruskan perjuangan.

"Tengok ramai anak kecil susah perlu duit pembedahan. Ramai anak hilang tempat bergantung. Kehilangan rumah dan tiada sesiapa dalam hidup mereka.

"Banyak hospital memerlukan bantuan. Berebut-rebut orang minta bantuan. Anak kita ada rumah tempat tinggal ALLAH bagi. Teruskan abang.

"Kita ada ALLAH yang sangat sayang kita. Tak pernah lupakan kita. DIA MAHA BERKUASA. Anak-anak semua menangis dan berkata kasihan anak Palestin ayah. Nanti ayah balik kita jumpa ye. Ayah cerita ye."

ebit lewEBIT bersyukur dikurniakan isteri dan anak-anak yang begitu memahami tanggungjawabnya.

Terdahulu, menurut laporan media tempatan kumpulan Ebit yang membawa bantuan untuk penduduk Palestin dilaporkan masih belum masuk ke Semenanjung Gaza.

Diharapkan semoga perjalanan dan usaha murni rombongan Ebit dipermudahkan.

Artikel berkaitan“Saya Akan Beli Barang Perubatan, Hantar Terus Ke Gaza. Malaysia Sayangkan Palestin”- Ebit Lew Ke Gaza

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca