TAK pernah kenal erti penat! Begitulah gambaran yang dapat diberikan kepada pendakwah dan dermawan terkenal, tidak asing lagi iaitu Ustaz Ebit Lew apabila hari ini beliau sekali lagi merancang untuk meluaskan lagi kerja-kerja kemanusiaan dan kebajikannya.

Terbaharu, menerusi perkongsian beliau di Facebook hari ini, Ebit dilihat bertemu dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa bagi membincangkan aktiviti-aktiviti kerja amal yang dibuat.

Ebit Liew bertemu Annuar Musa bincang mengenai ‘Restoran Free’ yang bakal dibuka

“Pohon doakan yer. Banyak perkara dibincangkan bersama Tan Sri Annuar Musa demi orang miskin dan orang yang memerlukan.

“Baik dan sangat rendah diri orangnya. Sedih sayu tadi berbual tentang orang susah. Ramai yang dah dibantu tapi ramai lagi yang masih memerlukan.

“Kami berbincang mengenai masalah kemiskinan dan kesusahan masyarakat kita,” tulisnya di Facebook.

Ebit juga memaklumkan akan membuka ‘Restoran Free’ sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak lama lagi dengan menyediakan makanan kepada golongan yang benar-benar memerlukan dan kelaparan secara percuma.

Ebit Liew bertemu Annuar Musa bincang mengenai ‘Restoran Free’ yang bakal dibukaTidak hanya membuka ‘Restoran Free’, Ebit juga berhasrat untuk membuka tempat penginapan baharu untuk golongan gelandangan di ibu negara selain menyediakan tapak berniaga untuk penjaja dan membantu mereka dari segi dana dan pendapatan tetap.

Iklan

Itu adalah beberapa rancangan awal yang dikongsi Ebit menerusi pertemuannya bersama Annuar Musa hari ini.

Iklan

Ebit juga turut ditanya Annuar, tidak penatkah menjejalah ke sana sini dengan menggunakan kudrat dan dana yang banyak semata-mata untuk membantu golongan memerlukan.

“Jawab saya Tan Sri lagi penat. Saya cuma sedikit berbanding usaha kerajaan dan badan yang lain. Senyuman pada wajah orang miskin dan doa mereka sangat besar nilainya,” tulis Ebit lagi.

Pohon doakan yer. Banyak perkara dibincangkan bersama Tan Sri Annuar Musa demi orang miskin dan orang yang memerlukan….

Posted by Ebit Lew on Monday, 22 February 2021