PASANGAN selebriti Que Haidar dan Linda Jasmine Hashim sememangnya dikenali ramai termasuk cahaya maya perempuan mereka, iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra.

Tengku Ratu Haidar yang lebih mesra disapa baru-baru ini menjadi tumpuan warga maya selepas muncul memperagakan busana dalam majlis pelancaran koleksi Qierahman Eid 2024.

Mewarisi darah kacukan Melayu, India, Siam, Amerika, Finland dan Sweden daripada ibunya, kejelitaan gadis yang kini meniti usia 15 tahun itu terserlah.

Baca juga: Que Haidar kembali, peminat luah rasa teruja

Baca juga: ‘Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk sama-sama kebumikan ibu.’ Ibu Que Haidar meninggal dunia akibat Covid-19

Baca juga: ‘;Cantik persis ibunya, time senyum serupa betul.’ Wajah terbaharu Aleesya, anak Erra Fazira raih perhatian. Makin besar makin lawa!

Baca juga: Raut wajah mirip Hani Mohsin, Hani Karmila permata hati Tiara Jacqueline kian meningkat dewasa

Warga maya juga teruja melihat wajah cantik puteri kesayangan Que dan Linda itu. Ujar mereka:

– “Cantiknya, muka Ratu sangat klasik.”

– “She borns to be elegant.”

– “Cantiknya, memang pakej jelita dan berbakat.”

– “Natural beauty Tengku Ratu, no need braces.”

– “Pernah terserempak dengan dengan mereka. Walaupun kayangan tapi peramah.”

Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ratu dalam temuramah dengan media menyatakan perancangan masa depan dan kecenderungannya dalam bidang seni.

Selain darah seni yang mengalir, beliau terdahulu sudah didedahkan dengan pelbagai bidang yang mencungkil bakatnya sejak kecil seperti kelas tarian balet dan kelan lakonan di sekolah.

“Saya sangat tertarik dengan bidang lakonan. Sedikit daripada sebelah ayah saya dan sedikit sebelah ibu.

“Saya berminat untuk berlakon, menari dan seni persembahan,” ujarnya.

Biarpun memiliki ibu bapa berstatus selebriti, namun Ratu tidak terbuai dek populariti. Didikan, disiplin dan ketegasan kedua orang tua membesarkannya menjadikan beliau sangat merendah diri.

Iklan

“Ibu saya tidak terlalu mengongkong dan sangat baik. Ada had yang perlu diikuti dan saya faham.

“Ayah saya pula lebih tegas tetapi saya mengerti mengapa beliau bersikap begitu. Semua okay,” ujarnya.

Linda Jasmine yang merupakan pakar koreografi dan pernah menjadi tenaga pengajar Akademi Fantasi memaklumkan Ratu tidak memiliki akaun media sosial dan keputusan itu juga dipersetujui Que.

“Ratu tidak memiliki akaun media sosial sendiri. Saya dan suami sangat risau kerana pada umur ini kebanyakannya normal untuk menari dan menyanyi.

“Kami memang takut dengan kecaman. So sementara ini dia belum ada (akaun media sosial) lagi, mungkin pada masa hadapan,” kata Linda.

Iklan

Que atau nama sebenarnya Yang Mulia Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar berkahwin dengan Linda pada 14 Februari 2009.

Selain Ratu dan Cleo, Linda memiliki seorang anak lelaki iaitu Qalif daripada perkahwinan pertamanya.

Sumber: TikTok Mingguan Wanita, Nona

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!