MELAKUKAN kebajikan hingga ke akhir hayat, demikianlah pemergian seorang sukarelawan dari Mersing, Johor yang dicemburui ramai ini.

Allahyarham Ahmad Zaki bin Mahbar dilaporkan meninggal dunia saat bertugas dalam Ops Banjir di Bukit Changgang, Sepang.

Ketua Kor Jabatan Amal Pusat merangkap Komandan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Mersing itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Banting selepas pitam dan tidak sedarkan diri.

Berita mengejutkan itu turut dikongsikan di laman Facebook rasmi Jabatan Amal Negeri Johor.

“Dukacita dimaklumkan Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor kehilangan sebutir permata.

“Salam takziah buat keluarga Ahmad Zaki bin Mahbar diatas pemergian beliau selepas dikejarkan ke Hospital Banting pitam dan tidak sedarkan diri sebentar tadi.

“Allahyarham dari Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor merupakan Komandan Amal Kawasan Mersing merangkap Ketua Kor Marin Jabatan Amal Malaysia ke negeri Selangor untuk bantu misi pembersihan pasca banjir di Bukit Changgang, Labohan Dagang dan kawasan sekitar.

“Semoga rohnya dirahmati ALLAH. Al-Fatihah,” titipnya.

Pemergian Ahmad Zaki pada hari Jumaat dicemburui ramai itu turut tular di pelbagai platform media sosial.

Iklan

Rata-rata merasai kehilangan insan berhati mulia itu termasuk Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang serta pendakwah PU Ikhsan.

 

Iklan

 

Salam takziah buat keluarga Ahmad Zaki Mahbar. Al-Fatihah.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Facebook Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor