Foto tular tak patuh SOP ketika majlis perkahwinan anak, ini penjelasan Dr. Noor Hisham
SEJAK pihak kerajaan mengumumkan kompaun sehingga RM10,000 boleh dikenakan kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi pencegahan dan kawalan Covid-19, nampaknya orang ramai sudah mula ‘serik’ dan akur untuk patuh kepada arahan tersebut.
Mana tidaknya, jika ingkar RM10,000 pasti ‘terbang’! Tambahan pula hidup dalam era pandemik Covid-19 ini nilai sebanyak itu amat besar buat golongan kebanyakan.
Ada juga dalam kalangan orang ramai tidak berpuas hati apabila mereka dikompaun dengan jumlah tersebut hanya disebabkan tidak memakai pelitup muka.
Apa boleh buat, arahan telah dikeluarkan dan kita perlu patuh jika tak nak dikompaun!
Antara individu yang paling bertanggungjawab terhadap lain pindaan akta bagi membolehkan kadar kompaun RM1,000 dinaikkan kepada RM10,000 terhadap pihak yang melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
Namun, semalam tular pula beberapa gambar majlis resepsi perkahwinan anak beliau di Bora Ombak, Putrajaya di media sosial yang menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat terhadap foto tular tersebut.
Terdapat suara-suara nakal yang mana mereka mempertikaikan dan mendakwa Dr. Noor Hisham tidak mematuhi SOP sebagaimana yang disarankan olehnya kepada orang ramai.
Antaranya dakwaan mereka adalah tidak memakai pelitup muka, tidak menjaga penjarakan sosial ketika sesi bergambar selain mempertikaikan sebagai orang kuat Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham tidak sepatutnya melanggar SOP.
Namun begitu, mengulas mengenainya isu yang kini hangat dibualkan oleh orang ramai, Dr. Noor Hisham menjelaskan perkara sebenar terhadap situasi yang dilihat oleh orang ramai melalui akaun Twitter miliknya.
Jelas Noor Hisham, sesi bergambar di atas pentas bersama pengantin tersebut sebenarnya hanya melibatkan ahli keluarga sahaja.
“Ini semua ahli keluarga saya dan tiada orang luar. Hanya untuk bergambar seketika atas pentas,” jelasnya ringkas di Twitternya.
Tahniah @DGHisham dapat menantu tapi kenapa macam takde SOP? Facemask tak pakai penjarakan sosial pun takde nampaknya. pic.twitter.com/JbxvOCovnC
— Zack Rockstar (@zack_rockstar) ?ref_src=twsrc%5Etfw">March 21, 2021
Sementara itu, pengacara majlis yang dipertanggungjawabkan bertugas pada hari kejadian, Fedtri Yahya juga memuat naik ciapan di Twitter dengan merakamkan rasa penuh kesyukuran kerana dapat melaksanakan tugas dengan sebaiknya selain mengikut SOP yang ditetapkan.
“Alhamdulillah selesai mengacarakan resepsi pernikahan anakanda kepada Tan Sri Dr Noor Hisham dan Puan Sri Suwaida.“Hanya 30 peratus kapasiti dewan dengan SOP yang rapi namun tidak menghalang ia berlangsung tenang dan tertib,” tulis beliau di Instagram.
Menerusi posting tersebut, Fedtri juga memuat naik beberapa foto memaparkan gambar kenangannya bersama Dr Noor Hisham dan anak- anaknya ketika majlis tersebut berlangsung.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, seramai 1,377 individu telah dikenakan tindakan kompaun RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) setakat Ahad.
“Seramai 1,377 individu dikenakan kompaun setakat semalam,” katanya.
Sebelum ini, Abdul Hamid menjelaskan kompaun RM10,000 yang berkuat kuasa 11 Mac lalu hanya dikenakan terhadap individu yang melakukan kesalahan berulang dan kesalahan yang boleh mencetuskan penularan wabak.
“Kenaikan kompaun berkenaan bukan dikenakan bagi kesemua kesalahan yang melanggar SOP, polis akan mengeluarkan tawaran kompaun berkenaan berdasarkan rekod yang mereka ada.“Individu yang dikenakan kompaun RM10,000 itu boleh membuat rayuan untuk pengurangan kompaun kepada Kementerian Kesihatan (KKM), mungkin daripada kompaun RM10,000, hanya dikenakan RM200 selepas rayuan dan alasan yang diberikan,” katanya.
Jadi, awas! Siapa sahaja boleh dikenakan kompaun sebanyak tersebut. Pematuhan SOP seperti itu benar-benar akan diamalkan dan tiada ‘double standard’ (dua darjat).
View this post on Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang