“GATAL satu badan dan mengeluarkan bau yang busuk macam bau najis. Bila kita buka Ruqyah, lagi kuat gatal dia. Kuat dia melawan.”

Begitu perkongsian seorang pemuda bernama Amert Ramli di Facebook yang terpaksa mengalami satu pengalaman mistik dalam hidupnya dipercayai gara-gara sebatang driftwood atau kayu hanyut.

Ceritanya, dirinya menanggung sakit terkena cacar air yang merebak ke seluruh tubuh dalam masa yang sangat singkat.

“Sebelum tu, kita back story sikit bab Malaysian driftwood ni. Malaysian driftwood ni sebenarnya supplier dapat memang raw, asli dari hutan. Bukan dibuat dan bukan man made. Sampai tempat supplier dari tempat kutipan (hutan) memang kotor dan bersalut tanah. Jadi diorang akan cuci-cuci dulu sebelum dijual.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Ingat lagi tak tempoh hari saya ada post bab santau? Okay bab santau letak tepi kejap, tapi ini berkaitan dengan benda mistik.

“Sakit yang saya kena, salah satu puncanya adalah disebabkan gangguan makhluk halus. Period. Fakta dan takda pertikaian. Dua orang peruqyah saya jumpa (pusat perubatan berlainan), dua-dua orang bagi explaination yang sama.

Gatal satu badan, bau macam najis, pemuda hidap penyakit misteri kerana kayu hanyut

Baca juga Mata merah, tinggi daripada manusia, pengamal perubatan dedah rakaman interaksi makhluk halus

“Cacar air yang saya kena, penuh satu badan, merebak dalam jangka masa pendek. Gatal menggila apabila tiba tengah malam adalah disebabkan oleh makhluk halus bernama hantu galah (atau sesetengah tempat panggil hantu panjang).

“Kalau terkena kencing dia, akan buat pesakit tu macam terkena jangkitan Herpes, HIV atau kayap di seluruh badan dan memang makhluk ini kalau dia marah pada seseorang, dia akan buat macam tu. Dalam kes ini adalah saya,” ujarnya.

Ceritanya lanjut, dirinya tidak bernasib baik kerana driftwood yang dibeli kepunyaan makhluk halus.

“Kayu driftwood yang saya beli haritu adalah kayu kepunyaan makhluk halus tersebut. Dalam segudang punya banyak kayu yang ada, saya tidak bernasib baik dan memilih kayu tersebut. Nasib badan la Amert.

“Makhluk halus macam manusia jugak, ada baik ada yang sebaliknya. Hantu galah adalah yang dalam group sebaliknya dan dia ni tier tinggi juga, dibuat sebagai belaan oleh para dukun ilmu hitam, dukun orang asli atau pengamal kebatinan.

Baca juga [VIDEO] Gadis ‘gila’ makan pedas dakwa punca dirinya dapat cyst, kanser ovari

Iklan

“Senang cakap, setakat hantu raya, pelesit, toyol, penanggal tu semua gred bawah dari dia. Dia lagi up. Jadi penyakit macam mana Amert kena?

“Badan akan penuh toksik, dia akan prevent tuan-tuan dari buang air besar. Saya kena lima hari tak rasa nak buang air besar tuan-tuan. Seluruh badan akan jadi hitam gelap macam terkena bisa dan kulit kering menggelupas macam sisik.

“Tapi Alhamdulillah, hari ni Amert dah semakin okay,” ujarnya.

Dalam pada itu, Amert telah mendapatkan nasihat doktor.

Iklan
“Malangnya penggunaan antihistamine tidak berkesan untuk menghalang atau mengurangkan gatal-gatal di badan saya. Calamine lotion tidak berkesan untuk mengurangkan kerengsaan kulit. Steroid pemberian hospital juga tidak berkesan untuk membantu dalam mengawal penularan ruam-ruam dan cacar tersebut.
“Penggunaan Scabema dan A Scabs juga telah digunakan jika incase disebabkan scabies atau parasitic infections , malangnya gagal. Penggunaan sabun antibacterial dan mandian air suam juga gagal dalam mengawal penularan penyakit. Screening test juga telah dibuat kepada saya oleh pihak hospital untuk check samada saya mengidap HIV, Hepatitis , Herpes dan sebagainya. Malangnya , bacaan yang diterima hasil screening adalah negatif,” jelasnya.

Pemuda tersebut turut menitipkan pesanan buat peminat ikan yang mempunyai akuarium.

“Jadi peminat ikan hiasan di luar sana, kalau nak beli driftwood untuk hias akuarium korang hati-hati ya,” pesannya.

Sumber: Facebook Amert Ramli