GERAK hati isteri selalunya benar dan kenyataan itu diakui ramai. Malah intuisi itu juga menyelamatkan blogger ‘Mat Salleh Cari Makan’ dan ahli keluarga lain yang hilang di Kuala Tahan.

Pakar motivasi, Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah pernah berkongsi kelebihan gerak hati yang kuat terhadap suami sememangnya dikurniakan kepada wanita.

Diberikan kelebihan itu, seorang wanita yang juga isteri kepada penulis blog makanan ‘Mat Salleh Cari Makan’, Rhys William James Woodfield berjaya menemui suaminya semula setelah tidak pulang dari Kuala Tahan, Pahang.

Baca juga: #SiBibirMerah: Ahli keluarga hilang cabaran buat wanita, jadikan ia pengajaran

Rhys William di samping keluarga tersayang (Kredit foto: FB Mat Salleh Cari Makan)

Tindakan pantas Haigbrown Woodfield menyelamatkan suami dan keluarga mentuanya. Berikut kronologi kehilangan blogger lelaki itu baru-baru ini:

1-Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan berkata, wanita berkenaan telah membuat laporan kehilangan Rhys William di Ibu pejabat Polis Daerah Jerantut apabila lelaki tu tidak pulang.

2-Empat ahli keluarga Rhys William yang lain iaitu Siaw Woodfield, 25 tahun, Owen Woodfield, 22 tahun, serta ibu bapanya James Woodfield, 62 tahun, dan Rachel Anne Woodfield 60 tahun melancong ke Kuala Tahan. Pahang pada 25 September lalu.

Kredit foto: Berita RTM

3-Pada 27 September, kira-kira pukul 11.30 pagi, kesemua mereka telah keluar daripada kawasan hutan hujan tropika itu dan sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur.

4-Operasi mencari dan menyelamat diaktifkan pada pukul 8.00 pagi sebelum kesemua mereka ditemukan selamat tengah hari Rabu di Kawasan Sungai Relok, Kampung Pagi, Ulu Tembeling Jerantut.

Kredit foto: Berita RTM

5-Rhys William bersama empat ahli keluarganya berjaya ditemui selepas dilaporkan hilang pada Rabu ketika melancong ke Kuala Tahan, Jerantut.

Iklan

6-Beliau ditemui pada petang hari yang sama di Kuala Tahan, Jerantut.

Kepekaan dan gerak hati isteri ternyata mampu menyelamatkan suami dan ahli keluarga yang lain.

Justeru wanita, sekiranya anda berada di dalam situasi seumpama ini jangan berlengah untuk membuat laporan polis. Usaha pantas anda membantu menyelamatkan nyawa orang tersayang.

Iklan

Sumber: Berita RTM

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.