AHLI keluarga hilang menjadi topik semasa akhir-akhir ini. Siapa yang tidak gusar dan bimbang apabila insan tersayang tidak dapat dihubungi, malah keadaan terkini juga tidak diketahui.

Baru-baru ini seorang bekas pembaca berita dilaporkan hilang. Zalina Azman tidak dapat dikesan sejak 21 November 2021 menimbulkan tanda tanya seluruh negara. Pelbagai usaha di dijalankan untuk masih tidak dapat menjejakinya.

Baca juga: Di mana Zalina Azman? 6 info menarik bekas pembaca berita wanita yangAll Posts hilang

Terbaru, kisah seorang pemuda, Muhammad Iman Aqmar,Dzulkarnain, 25, yang dikatakan hilang selepas memandu dari Pasir Gudang ke Terengganu sekitar pukul 1.30 pagi pada 29 Oktober lalu untuk bekerja.

Baca juga:“Baliklah, ibu tunggu…”Pemuda hilang sejak 29 Oktober, dalam perjalanan dari Pasir Gudang ke Terengganu
Dia yang memandu kenderaan pelbagai guna Grand Livina tidak dapat dihubungi selepas itu.

Kehilangan Muhammad Iman Aqmar disedari ahli keluarga apabila mereka dihubungi majikan pemuda itu pada jam 10.51 malam untuk bertanyakan tentang lelaki itu tidak hadir bekerja.

Ketika dihubungi pada jam 6.30 pagi, panggilan telefon terus disambungkan kepada khidmat pesanan (voice mail).

Namun pencarian Muhammad Iman Aqmar ternoktah dengan penemuan rangka manusia dalam kenderaan di Sungai Api-Api, Nenasi, Pekan, Pahang.

Lebih memilukan rangka yang diselaputi lumpur. Pas pekerja atas namanya ditemui.

Ternyata sembilan bulan hilang dalam perjalanan ke tempat kerja, Muhammad Iman Aqmar akhirnya ditemui.

Kenderaan milik Muhammad Iman Aqmar ditemui kenderaan di Sungai Api-Api, Nenasi, Pekan, Pahang. (Kredit foto: Sinar Harian)

Bagaimana jika kedua-dua kes orang hilang ini berlaku kepada kita, ia benar-benar memilukan Bibir Merah.

Pun begitu, Bibir Merah terharu dengan keprihatinan ahli keluarga, rakan dan orang ramai dalam menjejaki Zalina Azman. Apa sahaja petunjuk yang berkaitan terus dilaporkan kepada pihak polis. Syabas kasih rakyat Malaysia, semoga Zalina ditemui segera.

Kes orang hilang bukan perkara kecil. Sebanyak 67 kes orang hilang masih disiasat dan belum ditemui hingga kini.

Usah kita menambah senarai yang sedia ada, ambil langkah berhati-hati agar ia tidak berulang lagi.

Baca juga: Kes remaja, wanita dan kanak-kanak hilang sering berlaku, ini prosedur melaporkan

 

Bibir Merah tertarik dengan titipan Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkaitan cara mengurangkan risiko kehilangan individu akibat kemalangan melibatkan kemalangan kerana ketiadaan saksi dan melibatkan kawasan yang terlindung.

Suka untuk Bibir Merah menyarankan para wanita mengaplikasikan tip yang dikongsi ketika memandu seorang diri dalam perjalanan jauh, khususnya pada waktu malam atau melalui kawasan yang sunyi.

Baca juga: Kaum wanita, jangan panik kalau suhu enjin naik masa tengah drive.. ikut tips ini

Dalam mengejar masa untuk sampai ke destinasi, jangan alpa. Jaga keselamatan diri dan keluarga. Kemas kini keberadaan secara langsung menggunakan aplikasi WhatsApp seperti yang dicadangkan.

Iklan

Caranya adalah seperti berikut;

1. Buka WhatsApp dan pilih individu yang hendak dimaklumkan. Anda boleh memilih individu mahupun grup.

2. Pada tetingkap individu/ grup berkenaan, tekan butang kongsi (ikon klip kertas).

Kredit foto: Facebook Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

3. Pada tetingkap pilihan jenis kepilan (attachment), tekan butang lokasi (ikon pin lokasi).

4. Pada tetingkap lokasi, tekan butang kongsi lokasi live (ikon pin bergerak).

Kredit foto: Facebook Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

5. Pada tetingkap lokasi live, tekan tempoh yang sesuai dengan masa perjalanan. Rujuk gambar keenam.

6. Lokasi akan dikemaskini secara live. Kemas kini boleh dihentikan setelah tiba di destinasi.

Kredit foto: Facebook Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Andai individu atau grup mendapati lokasi pemandu yang dalam perjalanan tidak berubah dalam tempoh yang diragui, segera hubungi pemandu untuk kepastian.

Iklan

Sekiranya pemandu tidak dapat dihubungi atau kemas kini terhenti tanpa sebarang makluman daripada pemandu untuk masa yang lama, maka pertimbangkan untuk hubungi pihak berkuasa.

Moga perkongsian ini menjadi panduan buat kita semua dan mengelakkan kejadian hilang ini berulang. Semoga dipermudahkan perjalanan dan dilindungi daripada pelbagai musibah.

Baca juga: Misteri kehilangan wanita jadi tanda tanya, dipercayai diculik polis yang diupah bekas kekasih

Si Bibir Merah: Sedar atau tidak, kedua-dua kes orang hilang di atas berlaku semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kala pandemik baru-baru ini.

Sumber: Sinar Harian, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.