Gikgu buat kelas online dari koridor hospital curi perhatian warganet

Guru buat PdP dalam talian di koridor hospital curi perhatian warganet
Guru buat PdP dalam talian di koridor hospital curi perhatian warganet
A
A
A

PENUTUPAN sekolah akibat pandemik Covid-19 yang dilanjutkan sehingga 17 Disember depan merupakan cabaran baru kepada warga pendidik untuk memastikan pelajar mereka terus dapat belajar.

Ini kerana sektor pendidikan negara telah mengamalkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sejak Mac lalu.

Sinarplus percaya semua guru sedang berjuang untuk memastikan kelas berterusan walaupun berhadapan pelbagai rintangan.

Seperti apa yang terjadi dengan seorang guru ini.

Menerusi satu perkongsian oleh pengguna Facebook bernama Rajes Pillay yang memuat naik sekeping foto dipercayai seorang guru sedang menyampaikan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam talian.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah guru tersebut berada di hospital dan sedang menunggu salah seorang ahli keluarganya menerima rawatan.

Kata Rajes, guru itu sangat dedikasi kerana sanggup membuat PdP walaupun sedang berada di hospital.

"Dedikasi dan tumpuannya ketika dia mengadakan kelas dalam taliannya di koridor yang sibuk amat menarik perhatian saya.

"Saya amat yakin beliau merupakan seorang guru dari sekolah kerajaan kerana penyampaiannya dalam Bahasa Melayu yang kemudian diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris sangat lancar," tulisnya.

Baca juga Pemuda ini buat tawaran rumahnya dijadikan tempat kenduri kahwin secara percuma

Beliau turut memuji tindakan guru tersebut dan yakin pelajar- pelajarnya sangat beruntung mendapat guru sepertinya.

Posting itu telah mendapat lebih 530 shares dan 5200 likes sehingga kini.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet turut memuji tindakan guru berkenaan dan mengatakan cikgu itu sagat bertanggungjawab.

SitraDevi Palanerelu - Proud to say: She’s my son’s Science Teacher. They had their online class today from 11 am.

Azrina Aziz - Thank you for your dedication , really appreciate it. Tq so much!

Jenee - We need dedicated teachers with passion in teaching to improve the quality of education in the 21st C. Kudos cikgu.

Vimala Ayavoo - Yes we still have good dedicated young teachers, it's how they use their skills and what they give their students and school.

Lea Quzandrea - Terima kasih, cikgu! Kerana menjadi pendidik yang berdedikasi untuk anak-anak Malaysia.

Terdahulu, akibat gelombang ke tiga Covid-19 di negara kita, pada 8 November, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, mengumumkan semua sekolah seluruh negara termasuk Kolej Vokasional ditutup bermula 9 November sehingga hari akhir persekolahan, 17 Disember ini bagi negeri Kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca