GUGUR air mata, demikian luah warga maya melihat aksi pengantin lelaki yang sempat memeluk ibunya ketika upacara akad nikah.

Akad nikah merupakan momen yang mendebarkan tidak kira bagi pengantin perempuan mahupun lelaki.

Jika mempelai perempuan bimbang akan kelancaran majlis, pengantin lelaki pula perlu melafazkan akad nikah dengan lancar.

Sementelah perlu tampil berhadapan dengan kadi, wali dan para saksi, kehadiran jemputan yang terdiri daripada ahli keluarga kedua belah pihak menambahkan lagi rasa gemuruh.

Baca juga: Adik 14 tahun jadi wali nikahkan kakak, ramai sebak, puji berani

Video dikongsikan pengguna TikTok ryaniyana2 mendapat perhatian ramai susulan aksi yang menyentuh hati pengantin lelaki yang secara tiba-tiba menuju ke arah ibunya dan memeluk wanita itu.

Menurut Ryani, pengantin lelaki kelihatan sebak dan berbuat demikian selepas menerima penerangan ringkas daripada kadi dan sejurus sebelum akad nikah dijalankan.

“Ini video sebelum akad nikah, beliau (pengantin lelaki) minta restu daripada ibunya.

“Mendapat adik ipar yang penyayang rezeki untuk kami,” titip Ryani.

Si ibu membalas peluk anak lelakinya sambil menepuk bahu memberikan kekuatan.

Baca juga: Pengantin terlafaz mas kahwin RM500 juta, bakal isteri pun geli hati

Warga maya rata-rata tersentuh aksi pengantin lelaki meluahkan rasa terharu. Ujar mereka:

-“Gugur air mata tengok.”

-“Saat beliau bangun menuju kepada ibu aku sudah sebak. Ibu itu adalah semangat buat anak. Aku dah tiada semangat itu, beruntung yang masih ada ibu.”

-“Seronok sangat tengok ibu yang berjaya mendidik anak lelaki, syurga buatmu ibu.”

-“Cinta pertama dan terakhir anak lelaki adalah emak.”

-“Terasa sebak hati seorang ibu. Tahniah wahai anak, semoga bahagia dunia akhirat.”

Baca juga: Tak semestinya berijazah hantaran RM10,000, enggan berhutang untuk kahwin perkongsian wanita ini raih pujian netizen

INFO BERKAITAN AKAD NIKAH

Pernikahan mempunyai beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi membolehkan perkahwinan itu dianggap sah. Antara syarat tersebut ialah:

1. Suami
2. Isteri
3. Wali
4. Dua orang saksi
5. Lafaz ijab dan kabul

Iklan

Menurut  Pejabat Muti Wilayah Persekutuan, lelaki bakal suami perlulah menepati syarat berikut;

-Bukan mahram kepada bakal isteri.
-Bakal suami ialah seseorang yang telah ditentukan
-Bakal suami tidak berada di dalam keadaan ihram haji atau umrah.

Apa sebenarnya apa syarat lafaz nikah? Rupanya ia bukan sekadar lafaz semata-mata. Ada syarat lafaz akad nikah yang perlu dipenuhi bagi menyempurnakan ikatan yang halal.

Berikut adalah syarat lafaz akad nikah yang perlu diketahui;

1. Tidak disyaratkan menjawab lafaz nikah dalam satu nafas dalam. Syaratnya sebutan mesti berturutan iaitu ijab oleh wali diikuti kabul oleh pengantin lelaki.

2. Jika wali berkata “Aku kahwinkan kamu dengan anak perempuanku,” dan selepas tempoh yang lama, pengantin lelaki menjawab “Aku terima nikahnya”.

Akad nikah itu tidak sah kerana terdapat pemisahan yang lama antara ijab dan kabul tersebut. Dalam tempoh yang lama ini, ada kemungkinan wali menarik lafaz ijabnya semula.

Iklan

3. Namun, perbuatan seperti bersin atau batuk diantara ijab tidak merosakkan akad nikah tersebut.

4. Mengikut Mazhab Hanafi dan Hanbali, pemisahan yang lama antara ijab dan kabul dibolehkan sekiranya masih dalam majlis dan tidak disibukkan dengan perkara yang lain.

Semoga panduan ini memberikan manfaat!

Baca juga: “Ibu bapa tiada gantinya”- Isteri kerap balik kampung, lelaki mualaf baru tahu punca lebuh raya sesak tiap kali cuti

Sumber:TikTok ryaniyana2,  Pejabat Muti Wilayah Persekutuan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi