Hanya alasan bising kanak-kanak didera kekasih ibu, belakang berbirat, bibir bengkak, mata lebam, ini kronologi meruntun hati

[DIKEMAS KINI] USIA baharu setahun 11 bulan tetapi penderaan fizikal yang dihadapi sungguh menyeksakan.

Foto yang memaparkan kecederaan si kecil itu berlegar di laman sosial menimbulkan simpati warganet.

Entah apa kesalahan yang dilakukan, tubuh kecil bayi tidak berdosa dipercayai didera hingga mengakibatkan kecederaan pada bahagian belakang badan, bibir bengkak dan lebam pada kedua-dua belah matanya.

Baca juga: Sayunya, ditinggal ibu ayah mencari rezeki, anak 3 tahun maut dalam jagaan kenalan bapa. Berikut 10 info berkaitan

Berikut adalah kronologi penularan kes yang menyayat hati ini:

1-Kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan selepas dipercayai didera teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Sentul, Kuala Lumpur pada Rabu, 7 Jun 2023.

2-Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju DSP Saralathan Duraisamy dalam satu kenyataan, berkata pihaknya menerima laporan berkenaan pada jam 5.05 petang hari yang sama.

3-Hasil maklumat awal polis mendapati suspek adalah seorang lelaki warga tempatan yang merupakan teman lelaki kepada ibu mangsa.

4-Punca mangsa dipukul adalah kerana membuat bising dan si ibu dikatakan cuba menghalang teman lelakinya itu tetapi tidak berdaya.

5-Lelaki berkenaan telah mendera mangsa dan melarikan diri sebelum pihak polis tiba di lokasi kejadian.

Baca juga: Nota kakak bongkar penemuan adik 4 tahun maut dalam peti sejuk, mangsa dera kekasih ibu

6-Si kecil itu sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

7-Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju.

8-Beberapa jam selepas kes tersebut tular, suspek berusia 31 tahun telah ditahan di sebuah flat di Jinjang, Kepong.

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

9-Siasatan kini dijalankan oleh Bahagian Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur dan Ketua Polis Kuala Lumpur akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

10-Dalam perkembangan terbaru, suspek dilaporkan memiliki 13 rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positifi dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

11-Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata rekod berkenaan melibatkan pelbagai kesalahan jenayah dan dadah serta satu rekod dikehendaki polis di Lanchang, Pahang.

Iklan

12-Ibu kanak-kanak itu merupakan seorang mualaf berumur 18 tahun dan telah menetap dengan suspek selama dua bulan.

13-Sepanjang tempoh berkenaan, ibu kanak-kanak itu telah dikurung di dalam bilik berasingan dengan anaknya dan dikunci oleh suspek.

14-Hasil pemeriksaan, suspek gagal mengemukakan kad pengenalannya dan dia memiliki kad pengenalan orang lain.

15-Lelaki berkenaan  direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Polis Kuala Lumpur meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes berkenaan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Ayuh basmi jenayah penderaan. Jika anda sebagai orang awam mengetahui atau mengesyaki, mana-mana kanak-kanak dalam bahaya, berisiko untuk didera dan diabaikan, laporkan kepada pegawai pelindung kanak-kanak (JKM) atau hantar kanak-kanak tersebut ke hospital yang berdekatan.

Iklan

Sekiranya ingin identiti dirahsiakan, anda boleh menghubungi Talian Nur 15999.

Baca juga: Sampai hatimu ibu! Demi kekasih, anak 3 tahun ditinggalkan seminggu maut

Sumber: Astro Awani, 1, MyHealth1, RTM, Astro Awani

Foto utama: Pexels 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi