BIARPUN sudah lebih sebulan berlalu, namun banjir besar yang melanda beberapa buah daerah di sekitar Selangor dan Pahang pada 18 Disember tahun lalu masih meninggalkan kesan buat mangsa yang terlibat.

Rata-rata daripada mangsa yang terlibat terpaksa membina kehidupan baharu kerana banyak kehilangan harta benda.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Tidak terkecuali seorang nenek yang berusia 76 tahun yang kehilangan rumah dek dihanyutkan oleh arus deras banjir dikenali Rohana Mahfuz.

Dugaan yang menimpa nenek Rohana pernah tular di laman sosial apabila kediaman yang sebelum ini tersergam indah di Kampung Jawa, Hulu Langat musnah sekelip mata yang tersisa hanyalah tangga semata-mata.

Namun semalam, nenek Rohana menitis air mata kegembiraan apabila rumah yang dihanyutkan oleh arus banjir itu akan dibina semula.

Iklan

Menerusi satu perkongsian di Facebook usahawan dan dermawan terkenal, Ebit Lew, beliau akan membina semula rumah Nenek Rohana.

“Syukur dapat hadiahkan nenek Rohana Mahfuz 76 tahun rumah baru. Setelah rumahnya hanyut banjir. Semuanya habis cuma tinggal tangga. Kami akan bina semula rumah. Menangis jer dari mula jumpa tadi.

Hanya tinggal tangga, Ebit bina rumah baru buat nenek Rohana

Iklan

“Dah sebulan nenek tak tahu macam mana nak bina rumah. Dari mula hanya meluah rasa dan ujian hidupnya. Satu jer saya minta dengan ustaz doakan nenek disayangi ALLAH dan masuk syurga.

Baca juga [VIDEO] “Amat-amat besar, dahsyat.”- Telatah ‘wartawan’ cilik lapor ular sawa dalam longkang cuit hati, raih 500K tontonan

“Dari mula menangis jer. Katanya ini hari paling gembira dapat jumpa ustaz. Saya jarang menangis tapi hari ni nak menangis je. Selalu tengok dekat TV. Boleh tak ustaz jangan balik lagi. Nenek nak dengar nasihat. Nenek doakan saya ye. Mak ayah saya dah meninggal dunia. Saya perlu doa nenek. Terus nenek doakan saya. Syukur rasa.

“Kami terus tengok plan rumah dan call kontraktor. Insya-Allah akan bina rumah baru untuk nenek. Nenek tiada suami dan anak-anak. Syukur adik beradik dan jiran tetangga ramai membantu. Serta masyarakat ramai membantu,” ujarnya.

Ebit juga memohon doakan agar rumah yang bakal dibina untuk Nenek Rohana akan dapat disiapkan mengikut perancangan.