"Happy Birthday Bestie..." - ucapan romantik Che' Puan Besar Khaleeda buat TMJ

A
A
A

SETIAP kali menyambut detik ulang tahun kelahiran pasti keluarga, rakan dan kenalan menzahirkan ucapan, apatah lagi bingkisan manis itu daripada insan tercinta.

Begitu juga dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menerima ucapan ulang tahun kelahiran istimewa nurkilan isteri tercinta, Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam.

Menerusi laman sosial Instagram, bonda kepada dua putera dan dua puteri itu berkongsi ucapan sempena hari keputeraan TMJ yang ke-37 pada hari ini.

"Happy Birthday Bestie, I have known you for a decade now and I am very certain I would like to spend a

century more. You are one of a kind, very special in so many ways.

"God has blessed me with a soulmate, the most beautiful soul I could ever wished for.

"You have made me a better person by loving me for who I am and thank you for being there for me

always.

"I Love You With All My Heart For Eternity. May God bless you endlessly in this dunya and the

hereafter, ameen," tulis Che' Puan Besar Khaleeda

Ternyata ungkapan romantis itu secara tersirat dan tersuratnya mencerminkan isi hati Che' Puan Besar Khaleeda yang bersyukur dikurniakan TMJ di sisi.

Namun begitu, paling menarik perhatian warga maya apabila TMJ turut membalas ucapan tersebut dan menzahirkan penghargaan kepada isterinya.

Tulis TMJ: "Thank you for always being there for me. You're amazing. You are my greatest gift anda I'm truly grateful to the Almighty.

"Alhamdulillah. You and the kids are my life. Loving you is like food to my soul. Always."

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet turut menghujani ucapan hari lahir buat TMJ.

Selain itu, Che' Puan Besar Khaleeda turut memuat naik 10 keping foto mereka bersama. Bahagia dan

romantik!

Baca juga [VIDEO] Pocong goyang badan, geleng kepala, ganggu abang polis di SJR

Direkodkan, Che' Puan Besar Khaleeda dan Tunku Ismail telah melangsungkan perkahwinan pada tahun 2014.

Pasangan diraja itu dikurniakan empat cahaya mata, Tunku Khalsom Aminah Sofiah, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim, Tunku Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Zahrah Zarith Aziyah.

Sumber: Instagram YAM Che' Puan Besar Khaleeda

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca