SCENTIFY by Enchanteur berjaya gosok 10,700 helai pakaian dalam tempoh 24 jam, cipta rekod MBOR

MENGGOSOK pakaian merupakan satu aktiviti harian yang sering kita lakukan.

Nak pergi kerja, kena gosok baju. Wanita yang berhijab pula, sebelum keluar rumah mesti wajib gosok tudung terlebih dahulu.

Belum kira baju sekolah anak dan pakaian untuk pergi majlis kenduri.

Semuanya perlu digosok supaya kelihatan kemas apabila digayakan.

Untuk sehelai pakaian yang digosok, ia mungkin mengambil masa kira-kira lima hingga 10 minit.

Jika ia dilakukan dalam masa 24 jam, berapa agaknya jumlah pakaian yang dapat digosok?

Bersempena pelancaran produk rangkaian semburan penyegar fabrik terbaharu wangian kegemaran Malaysia, SCENTIFY by Enchanteur menganjurkan acara marathon menggosok pakaian.

 

Pada program tersebut, seramai 80 orang mula menggosok pakaian bermula pukul 12 tengah hari, Rabu lalu di MYDIN Hypermarket USJ, Subang Jaya, Selangor.

Setelah tamat tempoh 24 jam, sejumlah 10,700 helai pakaian berjaya digosok.

Baca juga: Kempen Lazada 12.12 tawar diskaun gila-gila jenama bertaraf antarabangsa

Kejayaan berkenaan melayakkan jenama tersebut mencatatkan rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori Jumlah Pakaian Terbanyak Yang Digosok Dalam Sehari.

Turut memeriahkan acara kemuncak ialah selebriti terkenal iaitu penyanyi Wany Hasrita dan pelakon Izzue Islam.

Mereka berdua bergabung menggosok pakaian yang disediakan untuk 10 minit terakhir.

Baca juga: 6 cara wangikan bilik tidur guna bahan semula jadi, confirm hilang bau hapak & kepam

Iklan

Kejayaan maraton dan persijilan tersebut jelas membuktikan SCENTIFY Eau de Fabric rakan penting bagi setiap isi rumah.

Selain menyegarkan fabrik, ia juga menjadikan tugas membersih dan mengemas lebih seronok dengan wangian mewah.

Baca juga: Keliru nak pilih wangian aroma terapi yang mana satu? Berikut 5 cadangan terbaik

Iklan

Untuk rekod, rangkaian baharu SCENTIFY Eau de Fabric terdiri daripada tiga variasi wangian premium yang membangkitkan mood iaitu Sparkling Fruiti, Magical Clouds dan Floral Symphony.

Produk penyegar tersebut tidak terhad kepada membasmi atau menghilangkan bau kurang enak sahaja, malah menjadikan sesi menggosok dan perlaksanaan kerja rumah menjadi lebih mengujakan.

Sememangnya, SCENTIFY Eau de Fabric bukan penyegar biasa-biasa ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang