DEMI kelangsungan hidup pekerja dan operasi hotel yang mengalami penurunan pendapatan dek pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mendorong pengurusan Hotel Red Rock, Pulau Pinang melakukan plan B.

Berbekalkan semangat sepasukan pihak hotel terbabit mengambil inisiatif menjual makanan di luar bangunan hotel yang berpangkalan di Jalan Macalister, George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.

Bukan sahaja staf bertungkus-lumus, malah Pengurus Hotel Red Rock, Jeffrey Lim juga tidak goyang kaki.

Kelihatan beliau begitu komited memegang kad manila tertera ‘RM3 Only’ sambil melaungkan ‘tiga ringgit! tiga ringgit! bagi menarik perhatian orang ramai yang lalu lalang di sana.

Menurut beliau, pihak pengurusan hotel terpaksa mencari sumber pendapatan sampingan susulan tiada tempahan pengunjung ke hotel berkenaan berikutan PKP.

hotel rm3
HOTEL Red Rock di Pulau Pinang mengambil inisiatif menjual makanan berharga RM3 di luar bangunan premis tersebut.

Justeru, solusi terbaik tetugas hotel mula menjual menu yang dimasak oleh chef hotel berkenaan. Langkah tersebut secara tidak langsung dapat membantu staf yang terdesak impak pelaksanaan PKP.

Antara menu yang dijual ialah bihun tomyam, nasi goreng dan nasi ayam. Menariknya, makanan berkenaan dijual pada harga RM3 sahaja.

hotel rm3

Situasi tersebut dapat disaksikan menerusi video yang dimuat naik dalam laman sosial Instagram @bernamaofficial semalam. Rata-rata warga maya menitipkan kata-kata semangat dan berharap agar pandemik Covid-19 segera berakhir.

Antaranya komen netizen ialah:
@si_tessie: Ya Allah..nak nangis. Stay strong boss.
@hezerisamsuri: Sedih sungguh. At least they are not begging. Lets help and support them kepada mereka yang mampu.
@asashi_84: Respect dgn tauke hotel cari duit dengan usaha sendiri.
@ishqyudha: Hope the world will get better soon.
@aainaasz: bila pengurus pun dah turun padang menjual, maknanya memang dah genting sangat kewangan perniagaan.

Iklan
hotel rm3
ANTARA menu yang ditawarkan ialah bihun tomyam, nasi goreng dan nasi ayam.

Selain Hotel Red Rock, Hotel Jen Penang Shangri-La turut mempraktikkan konsep yang sama.

Hotel empat bintang itu mendirikan gerai penjaja bagi membolehkan beberapa tukang masak terkemuka menyediakan pelbagai sajian di luar hotel berkenaan berhampiran Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang.

Iklan

Sumber: @bernamaofficial

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bernama (@bernamaofficial)