‘Inilah kehidupan’- Reaksi positif Cef Wan wajar dijadikan contoh, kuat lawan kanser

SELURUH negara berasa terkejut dan sayu apabila cef selebriti, Cef Wan membuat pengumuman di Instagram bahawa beliau telah disahkan menghidap kanser limfoma.

Hasil ujian electrocardiogram (ECG) yang dilakukan di sebuah hospital mengesahkan bahawa bapa kepada dua orang anak itu menghidap kanser tersebut.

Pun begitu, sesuatu yang pasti mengenai Cef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail, beliau seorang yang sangat tenang.

“Inilah kehidupan. Anda hanya perlu melaluinya dengan positif. Anak perempuan dan menantu saya sedih mendengar berita ini tetapi saya katakan jangan menangis. Saya belum pergi lagi. Saya perlu kuat dan sihat kerana saya juga perlu menjaga ramai orang,” tulisnya.

Ya semangat inilah yang perlu bagi semua pesakit kanser.

Penulis mempunyai beberapa kenalan yang juga disahkan kanser namun alhamdulilah, berkat usaha, doa, tawakal, akhirnya mereka bebas daripada kanser.

Inilah semangat perjuangan yang perlu dilakukan oleh Cef Wan.

Baca juga Hati Serina berkecai Chef Wan hidap kanser, mohon doa warganet. ‘Ya ALLAH kurniakan kesembuhan buat papa’

 

Semoga beliau kuat melawan penyakit ini dan sembuh serta ceria seperti sediakala.

Begitu juga dengan sesiapa sahaja yang sedang diuji penyakit ini, semoga terus tabah dan kuat.

Selain itu, orang sekeliling juga boleh menjadi asbab kepada pesakit kanser untuk sembuh.

Sokongan positif dan berterusan pastinya akan memberikan kekuatan untuk mereka melawan penyakit yang tidak mengenal siapa ini.

Bagi yang mengenali Cef Wan, kita terhibur dengan keletahnya bukan sahaja ketika sedang memasak tetapi ketika berbual-bual dengannya pun kita akan mudah terhibur.

Beliau seorang yang sangat ceria dan sering juga menceriakan orang lain. Disebabkan itulah, Cef Wan disayangi ramai.

Seperti ada aura bahagia apabila berada di samping Cef Wan yang sering tersenyum ini.

Penulis juga tidak terkecuali merupakan antara peminat dan membesar bersama ‘masakannya’.

Iklan

Walaupun sudah agak lama tidak bertemu namun tidak pernah lupa untuk mengikuti perkembangan dirinya.

Kita semua kagum dengan kegigihan Cef Wan yang masih kuat bekerja di usia 58 tahun dan sering pula ke luar negara atas urusan kerja.

Baca juga Chef Wan disahkan hidap kanser limfoma, perlu jalani rawatan kemoterapi serta-merta

Walaupun hidupnya telah cukup selesa namun Cef Wan, hanya ingin bekerja mungkin kerana itulah dirinya yang tidak betah duduk diam.

Kita juga sangat terinspirasi dengan layanan yang diberikan terhadap arwah ibunya Noraini Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Che Ani.

Iklan

Kasih sayang Cef Wan terhadap ibunya tidak berbelah bagi malah segala-galanya dilakukan demi memastikan ibunya mendapat rawatan terbaik.

Namun ajal maut urusan ALLAH, dan Cef Wan akur bahawa ibunya telah dipanggil menghadap ilahi pada 12 Januari lalu di usia 93 tahun.

Akhir kata, marilah kita doakan agar cef kesayangan ramai ini segera sembuh dan dapat menceriakan kita semula dengan celotehnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!