Inspirasi! Ketika kecil berdiri atas baldi jual air di pasar malam, pesan lelaki cemerlang hargai ibu buat ramai sebak
Inspirasi! Ketika kecil berdiri atas baldi jual air di pasar malam, pesan lelaki cemerlang hargai ibu buat ramai sebak
"PERIT jerih yang dilalui oleh ibu terutamanya membuatkan saya berazam untuk mengubah nasib keluarga."
Itu perkongsian graduan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang dikenali Abdul Khalim Al-Azizi Syahril yang membuatkan ramai menitiskan air mata.
Al-Azizi yang juga penerima Anugerah Pingat Emas Canselor UniMAP telah menceritakan kesukaran hidupnya sebagai seorang anak kepada peniaga pasar malam ketika Majlis Konvokesyen UniMAP ke-18 baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok @unimaptv, Al-Azizi menceritakan sewaktu kecil lagi dia sudah mengikuti ibu yang meniaga dari estet ke estet demi kelangsungan hidup.
"Rakan seperjuangan sekalian, saya pasti setiap daripada kita mempunyai 1001 kenangan yang terukir di UniMAP. Namun sedar ataupun tidak, sebenarnya saat ini kita hampir berada di penghujung cerita.
"Dan jika ditanya kepada saya, apakah cabaran utama dalam hidup. Saya akan menjawab, sudah pastinya adalah berkenaan perjalanan saya sebagai seorang anak yang mahu mengubah nasib keluarga untuk menjadi yang lebih baik.
"Saya sebenarnya dibesarkan dalam keluarga yang kurang senang. Ibu dan ayah saya asalnya merupakan peniaga pasar malam malah mereka berniaga dan bergerak ke estet-estet ladang kelapa sawit untuk berniaga.
"Saya masih ingat di mana saya ketika kecil terpaksa berdiri di atas baldi untuk menjual air. Perit jerih yang dilalui oleh ibu terutamanya membuatkan saya berazam untuk mengubah nasib keluarga.
"Tekad hati saya ketika melangkah ke universiti adalah untuk melakukan yang terbaik dalam apa perkara.
"Dan siapa sangka, Azizi yang dahulunya terpaksa berdiri di atas baldi, hari ini dengan izin ALLAH, saya berjaya berdiri di atas pentas yang gah ini.
"Dan siapa sangka, ibu yang dahulunya terpaksa masuk ke estet kelapa sawit untuk meniaga di beri penghormatan yang tinggi untuk duduk antara barisan hadapan.
"Terima kasih ibu. Bayangkan ibu saya kurang mengerti apakah itu diploma dan apakah itu ijazah.
"Namun ibu masih memberikan kasih sayang yang sepenuhnya buat anak-anak dan segala kejayaan serta pencapaian yang saya terima ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk ibu saya yang tercinta, untuk abang Arif dan keluarga saya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh dan menitiskan air mata kerana sebak dengan ucapan Al-Azizi.
Ujar mereka;
"Tahniah untuk anda berjaya mengawal emosi, berjaya buat kami tersentuh dan berjaya membanggakan keluarga, kudus!"
"Diharapkan kisah ini memberi inspirasi kepada masyarakat terutamanya para pelajar agar tidak pernah melupakan jasa ibu dan ayah."
"Kau buat akak nangis dik, sebab akak dulu seorang balu niaga pasar malam besarkan anak dua orang. Alhamdulillah anak-anak akak belajar hingga degree.
"Semoga Azizi menjadi imam ketika solat jenazah satu hari nanti. Pimpin tangan mak dan ayah ke syurga nanti."
"Suara pemimpin. Tahniah kepada ibu bapa yang mengajar."
Moga kisah ini memberi inspirasi kepada masyarakat terutamanya para pelajar agar tidak pernah melupakan jasa ibu dan ayah.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang