TAHNIAH buat penyanyi dan pelakon Tomok, Pekin dan Aril Pilus yang kini bergelar graduan Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif Universiti Utara Malaysia (UUM).

Masing-masing berkongsi kesyukuran selamat menamatkan pengajian dengan cemerlang.

Tomok menerusi laman sosial Instagram memuat naik foto bersama keluarga dan berkongsi kapsyen pendek.

“Alhamdulillah,” titipnya.

Manakala Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 42, menzahirkan rasa syukur dan menitipkan penghargaan buat keluarga tercinta.

“Alhamdulillah , syukur kepada ALLAH SWT. Akhirnya konvo juga setelah tertangguh oleh kerana Covid-19.

“Tahniah rakan sekuliah @bcim.uumkl dan University Utara Malaysia @uumofficial.

“Terima kasih tenaga pengajar dan pensyarah yang pernah mengajar kami. Halalkan ilmu yang diberi, terima kasih Sir @idzwan1877 yang banyak bersusah payah memberi dorongan dan percaya kepada kami selama ini ❤️

“Dan terakhir sudah semestinya isteri tercinta yang banyak bersabar dari segi masa dan mental serta keluarga pemberi semangat,” kongsinya.

Baca juga: ‘Like father, like son.’Raih Anugerah Dekan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, anak Tan Sri Dr Noor Hisham tamat pengajian cemerlang

Baca juga: Inspirasi! Tini 3R kini doktor falsafah, genggam PhD Komunikasi

Turut menerima skrol ijazah pada hari yang sama, Aril Pilus tidak ketinggalan menitipkan kesyukuran.

“Semoga menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk menjadi insan yang berilmu. Timbalah ilmu sehingga akhir hayat, kerana ilmu itu sungguh berharga.

“Semoga urusan anda dipermudahkan ALLAH, terima kasih atas doa, sokongan dan dokongan yang tak pernah putus. Amin,” coretnya.

Iklan

Momen bahagia pada hari konvokesyen turut mengimbau kenangan Aril kepada abangnya, penyanyi Allahyarham Izwan Pilus.

“Di sini (UUM) arwah abang saya Izwan Pilus mulakan dan di sini jugalah permulaan baru untuk saya teruskan perjuangan, insya-ALLAH.

“Lapan tahun saya tunggu saat ini, akhirnya terjadi! Alhamdulillah, syukur. Perasaan bercampur gembira, nervous dan sedih, semua ada,” ujar Aril yang memuat naik foto bersama ibu dan bapanya.

Lebih menarik lagi, ketiga-tiga mereka menamatkan pengajian dengan selempang emas iaitu meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terakhir kelas pertama iaitu 3.67 dan ke atas.

Iklan

Tomok, Pekin dan Aril antara lebih 40 pelajar bidang berkenaan yang mengikuti program pengajian jarak jauh (PJJ) yang dilaksanakan selama sembilan semester bermula 2015 hingga 2020.

Ternyata, pendidikan penting buat semua untuk lebih matang berfikir dan menentukan hala tuju karier. Kalau mereka boleh buat, kita pun boleh!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!