MAJLIS konvokesyen kebanyakan universiti sedang rancak diadakan di seluruh negara. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) juga tidak terkecuali mengadakan majlis konvokesyen ke-18 baru-baru ini.

Gelagat comel Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP berkenan memberi arahan kepada para graduan untuk membuat sorakan wave sebagai tanda meraikan majlis konvokesyen mereka meraih pujian ramai.

“Sebagai tradisi konvo (konvokesyen) UniMAP, kita buat ‘Mexican wave’ boleh tak? Okey, kita mula dengan barisan depan sampai ke belakang, lalu belakang sana sampai depan naik ke sini habis satu pusingan,” katanya.

Siaran langsung menerusi saluran YouTube UNIMAP itu dikongsikan semula pengguna laman sosial TikTok.

Warga maya menerusi media sosial itu menzahirkan rasa teruja suasana konvoksyen yang tidak terlalu terikat dengan protokol.

Baca juga: Lagu nurse viral mengusik kenangan, buat jururawat rindu zaman student

Baca juga: Cincin Graduasi UiTM jadi trend terhangat, ramai tak sabar tunggu istiadat konvokesyen ke-97

Baca juga: ‘Like father, like son.’ Raih Anugerah Dekan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, anak Tan Sri Dr Noor Hisham tamat pengajian cemerlang

– “Sempoi Raja Muda Perlis.”

– “Best convocation macam ni. Happening jer, sempoi tidak asyik nak protokol dan serius. Raikan lonvokesyen dengan happy.”

– “Memang best Mexican wave lead by Raja Muda Perlis. Saya menjerit kegembiraan tadi.”

Iklan

– “Seriuslah Tuanku yang bagi arahan, comelnya.”

– “DYTM Tuanku Syed Faizuddin dari zaman saya sekolah lagi, setiap kali lepas habis Majlis Sukan Sekolah Sekolah Perlis mesti baginda suruh buat ombak ni.”

– “Confirm batch kali ini akan paling diingati termasuk ibu bapa sampai bila-bila.”

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dilantik semula sebagai Canselor UniMAP yang berkuasa berkuat kuasa dari 13 Disember lalu hingga 12 Disember 2028.

Untuk rekod, baginda telah dilantik sebagai Canselor Pertama Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-12, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 1 September 2003, sebelum universiti itu dijenamakan semula sebagai UniMAP.

Iklan

Sumber: UniMAP TV, TikTok acap27442

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!