WAH… hebatnya gaya dia… nampak ‘cool‘, macho, kacak bergaya macam Remy Ishak’.
‘Cool je dia, cakap lemah lembut macam Hannah Delisha’

Lazim bukan mereka yang hendak meniru gaya cool orang lain terutama golongan yang dikenali seperti seseorang personaliti? Kadangkala ada juga yang melihat seseorang yang ‘misteri’ seperti karektor Syafie Naswip sebagai cool.

Wanita yang ayu semacam Zahirah MacWilson dan ramai lagi sebegitu juga disifatkan cool.

Pendek kata jika melihat 1,001 jenis karektor dan rupa, kebanyakan kita merasakan ‘orang itu cool’ mengikut persepsi dan tafsiran masing-masing.

Jadi bagaimana sebenarnya hendak tampil supaya cool dan tak terlihat menggelabah, ‘kecoh’ hingga cuba dijauhi orang lain?

Hakikatnya, sesiapa saja boleh kelihatan cool. Ia dapat diperhatikan daripada cara berpakaian, memandu kereta, tempat bercuti, cara buat kemas kini media sosial dengan teliti dan banyak lagi.

Sebenarnya menjadi cool adalah tentang apa-apa sahaja.

Berikut 10 perkara yang menjadikan seseorang itu cool yang dikongsikan laman inc.com:

1. Melakukan perkara-perkara hebat yang tidak diketahui orang lain

Mengapa kita tidak tahu mengenai perkara hebat yang telah mereka lakukan? Kerana mereka hanya melakukannya. Kita tidak akan pernah mengetahuinya melainkan kita mencari mungkin daripada perbualan santai atau mengetahuinya secara tidak sengaja. Bukan melalui media sosial.

Kenapa? Orang yang cool itu melihat pengalaman itu sebagai hasil akhirnya – tidak berkongsi pengalaman itu dengan sebanyak mungkin orang.

2. Memikirkan kehidupan

Tindakan golongan ini terutamanya berkaitan minat, hobi dan nilai peribadi menjadi sesuatu yang diutamakan dalam kehidupan profesional mereka. Selepas itu baharulah memikirkan tentang kerja.

3. Jarang berkongsi rasa 

Mereka juga seperti orang biasa. Melihat orang terkenal walaupun dari kejauhan sangat menerujakan mereka.

Akan tetapi tidaklah sampai hendak mengambil gambar atau tidak berkongsi momen itu dengan orang lain. Tidak juga berkongsi dengan rakan sendiri.

4. Mereka tanpa henti mencari pengalaman baru

Pencarian yang baru – mudah bosan dan menjebakkan diri ke dalam kegiatan atau aktiviti baru.

Seperti yang dikatakan oleh Pakar psikiatri dan ahli genetik Amerika, Dr Robert Cloninger, “Mencari kebahagiaan adalah salah satu sifat yang menjadikan anda sihat dan bahagia serta mendorong keperibadian seiring bertambahnya usia. Jika anda menggabungkan kegembiraan dan rasa ingin tahu dengan kegigihan, maka anda akan kreatif memberi manfaat kepada orang lain secara keseluruhan.”

Menurut Dr Cloninger, “Untuk berjaya, atur dorongan sambil mempunyai khayalan untuk melihat masa depan. Anda akan lebih sihat, mempunyai lebih ramai rakan, akan lebih berpuas hati dengan kehidupan … dan juga akan terlihat lebih cool.

5. Melakukan perkara yang baik

Biasanya mereka melakukan perkara yang baik walaupun ada yang tidak menyangka mereka boleh berbuat demikian jika hanya memandang dari sudut luaran.

6. Sentiasa berusaha membuktikan sesuatu – kepada diri mereka sendiri

Iklan

Ramai orang mempunyai keinginan yang kuat untuk membuktikan orang lain salah. Tidak ada yang salah dengan itu.

Begitupun, orang yang paling cool didorong oleh sesuatu yang lebih mendalam dan lebih peribadi. Dorongan, komitmen dan dedikasi mereka berasal daripada keinginan untuk membuktikan sesuatu kepada orang yang paling penting.

7. Mereka mendapat kebahagiaan dalam kejayaan orang lain

Lazimnya tak meihat usahawan hebat yang menjawab pertanyaan, “Bolehkah anda membuat pilihan bahawa kebahagiaan anda akan datang dari kejayaan orang lain?” Pasti dijawab dengan “Ya!”

Golongan cool ini menikmati pencapaian peribadi, tetapi mereka sangat gembira melihat orang lain berjaya.

8. Mereka melihat wang bukan hanya sebagai ganjaran, tetapi juga sebagai tanggungjawab

Mereka dalam kalangan cool dan berjaya suka memberi ganjaran kembali kepada masyarakat. Bukan hanya untuk kehidupan mereka sendiri lebih baik tetapi untuk memperbaiki kehidupan orang lain juga.

9. Bersemangat

Iklan

Kejayaan sukar dicapai walau apa pun tujuannya. Sebab itulah kadang-kadang kita gagal.

Begitupun, orang cool akan melihat orang yang berjaya dan berfikir: “Itu hebat – dan jika dia dapat melakukannya, mengapa tidak saya?”

10. Mereka tidak fikir mereka cool

Media sosial memudahkan ‘perhubungan awam’ diri sendiri. Korang boleh kelihatan lebih hebat berbanding hakikat dalam dunia realiti.

Biasanya orang cool rendah hati. Sebab itu mereka sering meminta nasihat. Itulah sebabnya mereka mengenali dan memuji orang lain.

Mereka tidak memberi tumpuan untuk menyatakan sejauh mana mereka telah sampai – kerana terlalu sibuk memikirkan sejauh mana mereka masih boleh pergi.

Moga mendapat manfaat! -AG #JanganPutusAsaMalaysia