Prof Dr Muhaya berjaya sedarkan Talib

PMC Plus 6
March 20, 2021
Oleh Arziana Mohmad Azaman

INI kisah Abu Talib Husin yang tidak pernah dikongsikan kepada mana-mana media massa sebelum ini, meskipun lebih 13 tahun beliau 'berkelana' sebagai pengacara di beberapa stesen televisyen terkemuka.

Mengapa beliau memilih waktu sekarang untuk mendedahkan semua? Abu Talib atau Talib percaya mungkin sudah sampai waktunya untuk beliau berkongsi secebis kisah zaman kanak-kanak yang boleh diteladani banyak orang tentang bagaimana kuasa ‘maaf’ menemukannya pada kasih sayang tanpa syarat.

Segalanya kata Talib, bermula dengan penceraian ibu bapanya yang membawa kepada kisah memilukan.

PMC Plus 6

Ibunya terpaksa membuat pilihan, meninggalkan mereka tujuh beradik bersama datuk dan nenek demi kelangsungan hidup.

Adik beradik terpisah, ada dikahwinkan pada usia remaja, diambil saudara-mara dan salah seorang kakaknya juga terpaksa berhenti sekolah pada usia 12 tahun untuk menguruskannya ketika bayi.

Kepada SinarPlus, lelaki berusia 41 tahun itu berkongsi cerita yang sudah lama tersemat dalam jiwanya

"Kadangkala ada hari-hari beras pun tiada, petik pucuk kayu, cari ubi kayu keliling kampung. Tebalkan muka berhutang di kedai beli taugeh dan ikan kapak masin. Minum air paip saja pun pernah, sampai muntah-muntah.

"Akibat tekanan ditambah cercaan akibat penceraian ibu bapa saya, saya pernah terlintas untuk lari dari rumah, tak sanggup rasanya melalui hidup begini, dikecam, disindir dengan hidup sebagai asnaf, rasa ada baiknya habiskan riwayat hidup sahaja.

"Paling teruk, saya persoalkan kenapa takdir saya dilahirkan ke dunia kalau beginilah kehidupan yang perlu saya lalui. Selalu berdoa agar cepat-cepatlah nyawa saya ALLAH ambil. Saya amat benci dengan diri saya ketika itu dan semestinya ibu bapa saya," luahnya dengan penuh perasaan.

PMC Plus 6

Anak jati Bukit Rambai, Melaka itu meneruskan naratif ceritanya yang penuh berliku. Kata beliau, hidupnya tidak tak tenteram.

Masakan tidak, beliau tinggal berpindah-randah dan memang terpaksa tebalkan muka menumpang rumah saudara-mara dan ikutlah siapa yang sudi beri belas ihsan.

"Hubungan dengan adik beradik pun tak wujud, kami tujuh beradik terpaksa berpisah dari kecil, kami hidup merata-rata," katanya yang terpaksa menelan pahit-maung itu bersendirian.

Pun demikian, rezeki menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Jengka, Pahang membuka satu paradigma baharu dalam hidupnya.

PMC Plus 6

"Hati saya memang berbunga-bunga, namun tiba-tiba saya terfikir, mana nak cekau duit, dalam tangan ada lebih kurang RM80 saja," katanya.

Mahu dipendekkan cerita, ujar beliau, arwah datuknya menawarkan duit simpanan pencen untuk membayar yuran pengajian, meskipun ada ahli keluarga yang tidak senang dengan bantuan daripada datuknya itu.

"Mereka kata hidup saya menyusahkan orang, muka tak malu, bapa wariskan bala... itulah yang bertalu-talu sampai ke telinga. Syukur, arwah datuklah yang banyak pujuk saya dan selalu berkata 'kau belajar pandai-pandai, orang mengata tak jadi kudis, ada ilmu kau boleh pergi jauh, aku doa kau berjaya'," ceritanya dengan nada hiba.

Iklan

Ujar Talib, UiTM sekali lagi telah memberi kehidupan baharu kepadanya.

PMC Plus 6

"Di sana, barulah saya dapat rasa ada katil, almari, bantal dan bilik sendiri. Feel like home, tiada apa lagi yang saya cari kecuali belajar sehabis baik.

"Menjelang Aidilfitri saya lebih rela memilih tinggal di UiTM atau menumpang rumah kawan-kawan,” ujarnya yang turut berkongsi kebahagiaan kerana menerima Anugerah Dekan setiap semester dan mencapai Anugerah Naib Canselor sekali gus dapat terus menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Transisi bersama Prof Dr Muhaya

Sampai bila hidup harus menyimpan dendam? Sampai bila saya perlu bawa luka batin ini dalam hidup saya? Demikian perasaan yang menjentik sukma Talib secara tiba-tiba.

PMC Plus 6

“Saya terfikir, saya sudah ada kerjaya dan berkahwin, tetapi hubungan saya dan mak ayah masih dingin. Namun, entah bagaimana, pada satu hari, hati ini bagai dijentik oleh ALLAH SWT. Teringin rasanya nak peluk cium ibu sendiri,” katanya.

Emosi itu semakin membuak-buak sebaik dirinya menjadi salah seorang peserta Program Prof Muhaya Circle (PMC) Plus 6 yang dikendalikan pakar motivasi terkemuka, Prof Datuk Dr Muhaya Mohamad.

Iklan

"Benar, melalui program itu membuatkan saya terus mengenali diri sendiri.

PMC Plus 6

"Bonda mempunyai ruang ilmu luar biasa. Dulu, saya ingatkan sesi motivasi bonda dah hebat, namun sesi PMC Plus 6 ini, bukannya program motivasi, rupanya coaching jiwa, langkah demi langkah, sangat jelas dan teratur dengan enam fasa dengan jurnal dan aktiviti-aktiviti untuk melatih fikiran dan emosi.

"90 hari bersama Bonda, macam masuk mesin basuhlah, air mata pun berjurai bila ditegur oleh Bonda. Dalam ‘zassss’, Bonda hanya mahu ‘anak-anaknya’ tempuhi hidup dengan tenang kerana ribuan yang datang padanya dan berkongsi pelbagai luka kehidupan.

"Sebagai insan biasa, Bonda juga pernah lalui cabaran. Bezanya, Bonda pilih respons kepada takdirnya. Itulah antara formula kehidupan saya sekarang," katanya.

PMC Plus 6

Selepas mengikuti PMC Plus 6, kata Talib, beliau mulai sedar betapa berdosanya menyimpan dendam terhadap kedua mak ayah.

"Mungkin jika saya berada di tempatnya, barangkali saya juga tiada pilihan. Misalnya mak saya, terpaksa tinggalkan saya yang masih dalam pantang dan ia bukan keputusan yang mudah. Kasihan dia...kasihannya dia," tuturnya dengan tangisan dalam kekesalan yang beliau sebaik mungkin cuba mengawalnya ketika wawancara bersama SinarPlus.

Talib menyambung kata-katanya. Tuturnya, hati beliau juga tenang selepas mempraktikkan enam momentum positif yang dikongsikan dalam PMC Plus 6 iaitu kenali diri, silaturahim, kuasai diri, reda, kreatif dan cinta tanpa syarat.

PMC Plus 6

Akui lelaki itu, jika dahulu beliau amat benci dan berdendam, kini dirinya semakin kasih dan rindu pada mak dan arwah ayahnya serta mereka yang pernah mengecam dirinya.

"Itulah hebatnya ilmu coaching yang dijalankan secara online bonda yang sarat dengan kata-kata transformasi cukup menusuk hati. Saya rasa, sesiapa sahaja boleh nikmati perubahan hidup seperti saya," ujar Abu Talib yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Muhaya Momentum dan Muhaya Magical.

Alami pengalaman transformasi diri bersama PMC Plus 6, boleh hubungi talian 019-444 7449 atau melakukan pendaftaran menerusi laman web www.profmuhaya.com.

TESTIMONI PESERTA PMC PLUS 6

PMC PLUS 6

PMC PLUS 6

PMC PLUS 6

About Arziana Mohmad Azaman