HIDUP tanpa kaki dan tangan yang sempurna memang cukup mencabar.

Bukan sahaja keupayaan melakukan kerja-kerja harian terbatas, malah mahu garu belakang badan yang gatal pun menyeksakan.

Hati mana yang tidak sedih kalau perkara-perkara yang kecil tidak boleh dilakukan sendiri. Memang ia akan melemahkan semangat.

Pasti dalam fikiran terfikir bagaimana untuk menjalani hidup yang penuh dengan onak dan duri serta mencabar ini.

Pun begitu, Mohd Shukur Ibrahim, 35, individu yang lain daripada lain.

shukur oku

Sikapnya wajar untuk dicontohi kerana kekurangan yang ada pada dirinya bukan menjadi penghalang kepadanya untuk berjaya dan terus bersemangat untuk hidup.

Tahniah juga kepada iba bapa dan orang sekelilingnya yang sentiasa memberi motivasi kepadanya.

Perkongsian kata-kata semangat dalam akaun Facebook miliknya nampaknya menaikkan semangat ramai yang sering mengeluh kerana hilang pekerjaan gara-gara Covid-19 atau apa juga sebab.

shukur oku

Antara kata-katanya:

“Saya pernah je hidup susah.

Saya pernah je takde duit, saya pernah je hujung minggu balik kampung sebab nak makan free kat rumah Jumaat, Sabtu dan Ahad. Saya pernah je minta duit mak saya sebab takde duit. Saya pernah je hidup susah sebab takde duit…Pernah bukan tak pernah..tapi..

Saya tak pernah kusut, saya tak pernah resah, saya tak pernah rasa saya manusia paling malang. Saya tak pernah tipu orang lain untuk kepentingan saya. Saya tak pernah kacau orang.

shukur oku

Saya tak pernah hipokrit kat diri saya macam banyak duit tapi sebenarnya takde duit, dan paling penting saya tak pernah putus asa untuk berusaha dapatkan duit yang halal..

Iklan

Rezeki tu milik Allah. Kita tak tahu bila kita akan diturunkan rezeki yang melimpah ruah..yang paling penting sekarang kita berusaha sebaiknya.. Insha Allah…”

Jika yang belum mengenali anak kelahiran Melaka ini, beliau pernah menerima Anugerah OKU Cemerlang Kebangsaan (Keusahawanan) kerana kecemerlangannya dalam menjalankan bisnes perkhidmatan membekal dan memasang permaidani.

shukur oku

Barangkali, kesungguhan bekas graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia itu wajar dijadikan contoh semua.

Tidak dinafikan, ramai di luar sana yang berdepan pelbagai masalah kesempitan hidup lagi-lagi ketika ekonomi negara tidak stabil gara-gara penangan wabak Covid-19.

Iklan

Jumlah jangkitan pun semakin meningkat dan membimbangkan, bukan?.

Apa yang penting, #janganputusasa dan amalkan penjarakkan sosial. Risaukan, jika PKP dilaksanakan semula, tidak tahu berapa ramai lagi akan terjejas. Walllahualam