SEDANGKAN diri sendiri pun tak percaya, ini kan pula yang baca.

Perubahan bentuk fizikalnya sebelum ini berat mencecah paling berat 117 kilogram. Siapa sangka beliau kini semakin slim sehingga 75 kilogram.

42 kilogram hilang dalam masa hampir setahun!

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah petua yang diamalkan pemilik akaun Facebook, Mohd Khairul MK yang berjaya membuktikan kesungguhan dalam menguruskan badan.

Kadang kadang rasa tak percaya
Bini paling tak percaya
Kawan kawan pun tak percaya

Semangat & disiplin insyaAllah. Hampir setahun, takda produk, takda ubat.

Paling Berat 117kg
Paling Ringan 103kg
(sebelum ni)

Sekarang 75kg.

Sebenarnya, amalan yang dipraktikkan pemuda ini adalah jaga makan.

petua diet

Iklan

Yang tanya tip, saya jaga makan. Sayur tu wajib. Makan ikan selalu, ayam hanya breast meat kulit tak makan, daging sebulan sekali (kalau teringin) itu pun besar kotak rokok.

Saya buang terus makanan kegemaran (canned food, fast food).

Roti makan roti hijau (wholemeal).

Saya bukan penggemar teh tarik/nescafe (bonus 😁) Air kosong/mineral/suam sahaja.

petua diet

Saya beli basikal, di rumah tak pakai motor dah. Ke kedai, beli sarapan anak, apa sahaja semua naik basikal.

Itu jelah kot rutin saya. Mula mula payah juga tapi saya nekad nak kurus dan set dalam kepala apa yang tak penah makan sebelum ni, semua dah rasa.

So boleh move on. Nak kata strict sangat tu tidak, masih makan nasi lemak, nasi kandar tapi dah taklah har-hari.

Kalau teringin tu makan juga, portion separuh atau suku buat lepas teringin.

Nah! Rahsia sudah terbongkar. Apa lagi? Jom amalkan gaya hidup yang sihat. #janganputusasamalaysia

Iklan