Tiga usahawan muda jana pendapatan RM100,000 dalam tempoh 14 bulan, ini rahsianya…                

NIMS
February 28, 2021
Oleh Arziana Mohmad Azaman

TUAH ayam nampak pada kaki, tuah manusia tiada siapa tahu. Itu peribahasa yang sesuai menggambarkan takdir indah buat tiga usahawan muda. Mereka ialah Najuwa Jamil, 28, Mohd Nazri Jamil, 33, dan Nurhamim Ahamad, 33.

Menurut tiga individu berkenaan, NIMS ADELICIOUSZ iaitu produk makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin ternyata telah mentransformasikan hidup mereka 360 darjah.

Iklan

Masakan tidak, dalam tempoh 14 bulan, pendapatan mereka berjaya mencecah RM100,000 sebulan. Dengan prestasi memberangsangkan itu, Najuwa, Mohd Nazri dan Nurhamim selayaknya mendapat gelaran Master Leader jenama lokal itu.

NIMS

Barangkali pembaca SinarPlus ingin tahu, apakah rahsia kejayaan pasangan adik beradik, Najuwa dan Mohd Nazri dan sahabat baik mereka, Nurhamim, bukan?

Kepada kami, Nurhamim tanpa berselindung mendedahkan segala-galanya. Cerita beliau, perjalanannya dalam bidang perniagaan sebenarnya bermula apabila Najuwa memperkenalkan produk NIMS ADELICIOUSZ kepadanya.

Iklan

“Ketika pertama kali mencubanya, saya terus jatuh cinta dengan rasa coklatnya. Apa lagi, saya pun terus promosikan produk itu kepada kawan-kawan lain dan memang laris.

“Melihat situasi tersebut, saya percaya dengan potensi produk makanan itu boleh berkembang lebih jauh.

Iklan

NIMS

“Pada saat sedang mencari kerja selepas habis belajar Sarjana Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Tenaga Nasional, NIMS ADELICIOUSZ telah membuatkan rezeki saya semakin murah,“ ujar wanita kelahiran negeri Che Siti Wan Kembang itu.

Nurhamim berkata, dirinya juga berasa bertuah kerana Pengasas NIMS ADELICIOUSZ, Tengku Norhanim Tengku Othman banyak berkongsi ilmu dengan beliau.

“Kak Nim (panggilan untuk Tengku Norhanim) juga menggalakkan kami rajin menghadiri kelas untuk belajar selok-belok perniagaan.

“Alhamdulillah, berkat ilmu yang diperoleh, NIMS ADELICIOUSZ telah ubah hidup kami menjadi lebih baik,“ katanya yang mempunyai misi peribadi iaitu mahu bebas segala hutang dan membeli harta untuk diri dan keluarga dalam tempoh lima tahun akan datang.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu menambah, produk NIMS ADELICIOUSZ memang ada peminatnya sendiri.

“Pada masa sama, ramai yang tak nafikan jenama ini telah banyak membantu orang awam menjana pendapatan dan melahirkan lebih ramai usahawan baharu yang berpotensi serta berjaya,“ katanya.

NIMSDalam pada itu, Nurhamim berkata, beliau turut yakin produk keluaran terbaharu NIMS ADELICIOUSZ yang berupa bijirin berwarna pelangi bersama coklat putih premium iaitu satu-satunya produk makanan ringan yang terdapat di pasaran buat masa ini bakal mendapat sambutan hangat.

Peluang keemasan

Sementara itu, Najuwa berkata, abangnya, Mohd Nazri merupakan individu awal yang mengajaknya terjun ke dalam bidang perniagaan.

“Beliau telah memperkenalkan produk NIMS ADELICIOUSZ dengan strategi pemasaran mudah dan hasilnya, kami memiliki lebih 200 ejen di seluruh negara.

“Melihat potensi jualan yang cukup hebat ketika itu, saya terus ambil keputusan drastik untuk berhenti kerja di sebuah syarikat swasta pada akhir tahun lalu dan menumpukan sepenuhnya terhadap produk NIMS ADELICIOUSZ.

NIMS

“Alhamdulillah, bermula daripada operasi dari rumah, kini kami boleh menyewa lot kedai untuk dijadikan pejabat dan operasi jualan untuk sasaran jualan lebih meluas,“ tutur Najuwa.

Mengenai Peraduan PKPNimsXSinar, Najuwa, Mohd Nazri mahupun Nurhamim mengajak pembaca akhbar ini menyertainya.

“Mana tahu ini rezeki anda semua. Mahu menyertainya, mudah sahaja. Kumpul tujuh warna tub edisi terhad dan anda  berpeluang memenangi ganjaran wang tunai.

“Cukup berbaloi kerana bukan sahaja dapat menikmati makanan yang sedap, bahkan boleh menang duit. Justeru, jangan lepaskan peluang keemasan,“ kata mereka.

NIMS

Peraduan PKPNimsXSinar yang bermula pada 1 Februari lalu hingga 14 April depan dianjurkan bersempena dengan pelancaran produk edisi istimewa, Siri Pelangi dan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia jenama itu.

Pembaca Sinar Harian antara lain berpeluang merebut hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM150,550. Pemenang kategori hadiah utama akan ditentukan berdasarkan cabutan bertuah.

Kepada para pembaca Sinar Harian yang berminat menyertai peraduan PKPNimsXSinar, anda diminta agar sentiasa peka dengan perkembangan NIMS di Sinar Harian dan di platform media sosial akhbar terkemuka ini setiap hari.

 

Iklan

About Arziana Mohmad Azaman

 
Iklan