BARANGKALI semua sudah mengenali siapakah Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan sikapnya yang sangat pemurah dan sanggup membantu golongan memerlukan.

Banyak kisah beliau yang dikongsikan dalam media sosial. Beliau dan krunya sanggup datang bersusah payah untuk menghulurkan sumbangan sehingga ke ceruk tempat sekalipun. Terbaharu, kisah bantuannya di Semporna, Sabah yang cukup mengharukan.

Pun begitu, pasti ramai tertanya-tanya apakah amalan beliau yang mampu berjaya dalam dunia dakwah dan perniagaan sehingga melihat rezekinya tidak putus-putus?

RAHSIA EBIT

Seorang wanita yang juga bekas rakan sekerja Ustaz Ebit, Noor Laila Aniza Zakaria berkongsi cerita mengenai rutin dan praktis sahabat baiknya selama empat tahun bekerja di bawah satu bumbung.

Sebelum itu, ujar beliau, Ustaz Ebit dulu seorang yang hidup susah dan sering ditertawakan. Namun, selepas itu, dengan izin ALLAH SWT, DIA menganugerahkan kekayaan kepada penceramah itu yang bukan sedikit.

RAHSIA EBIT

Berikut antara amalan Ustaz Ebit seperti yang dikongsikan wanita itu:

✅ Rajin sangat-sangat usaha.
✅ Qailulah.
✅ Cara tidur ikut sunnah Nabi.
✅ Selalu belanja kami.
✅ Senyum setiap hari.
✅ Menangis apabila berdoa.
✅ Solat dhuha 6 rakaat dan lebih.
✅ Solat jemaah di masjid dan bersiap awal ke masjid tanpa gagal.
✅ Berbuat baik dengan isteri tanpa gagal.
✅ Amalan memberi hadiah buat isteri.
✅ Berbuat baik dengan mak ayah, adik beradik termasuk keluarga mertua.
✅ Keluar berdakwah.
✅ Amalan doa khusus.

Iklan

Menurut Noor Laila Aniza lagi, semua amalan tersebut nampak seperti biasa-biasa dan ramai juga sudah mengamalkan tip sama, tetapi ada satu lagi amalan yang membuatkan Ustaz Ebit sungguh luar biasa.

“Beliau amalkan memaafkan orang dan meminta maaf. Sentiasa amalkan amalan memberi walaupun ketika itu dirinya sendiri tidak mencukupi. Amalan itu beliau buat dengan bersungguh-sungguh.

RAHSIA EBIT

Iklan

“Bagi saya, itulah amalan yang paling mahal yang ada pada beliau. Ada satu lagi doa yang beliau selalu amalkan setiap kali berjumpa dengan sesiapapun iaitu “Ya ALLAH, berikan saya sedikit kebaikan yang ada padanya,” tulisnya lagi.

Hebat bukan? Jadi tidak hairanlah, mengapa perjalanan kehidupan seorang yang bernama Ebit Lew sentiasa lancar, sentiasa menjadi seorang pemurah, berkongsi kesenangan dan kelihatan tenang selalu.

Apa lagi? Jom contohi dan sama-sama amalkan amalan Ustaz Ebit supaya rezeki kita lebih murah dan dirahmati ALLAH. Amin