SETIAP ibu mempunyai pengalaman berbeza-beza ketika bersalin. Ada yang mudah dan ada yang mengambil masa lama.

Namun lain pula ceritanya dengan seorang bapa muda ini, Ustaz Mohd Hasrul Wahab, pengalaman menyambut kelahiran anak ketiganya di dalam kereta tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Menurutnya, semua berlaku dengan cepat kerana pada awalnya itu memang isterinya mengalami kontraksi sekejap-kejap di rumah.

“Namun dalam perjalanan ke hospital, isteri saya mula rasa bayi nak keluar dan bersalin dalam kereta tanpa ada apa-apa persediaan.

“Kebetulan pula ketika melalui jalan ke hospital, ada sekatan jalan raya. Nak tak nak, perlulah jadi bidan sambut anak. Alhamdulillah kedua-duanya sihat,” katanya.

Mari ikuti coretan pengalamannya di Facebook melalui detik berharga itu.

Iklan

MasyaAllah.. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Alkisahnya wife dari pagi semalam bagitau dah mula ada contraction, so standby. Bila dah petang dia cakap dah mula turun tanda. Ambiklah halfday sebab kalau balik petang kang jem orang blk kerja.

Dah sampai rumah, contraction macam dah kurang sikit pula. so xpela rilek dulu maybe malam nanti, siap sempat tidur kejap ??. Pastu tengok wife dah macam sakit2, tanya nak pergi hospital terus ke ni. Dia cakap boleh tunggu lagi. so decide lps maghrib la gerak. sebab dua2 anak sebelum ni memang makan masa sikit sebelum delivery.

Lps maghrib, terus pergi rumah mak hantar dua hero dulu. Tanya wife, boleh solat isyak dulu ke ni. Dia kata boleh. Ktorg solatlah dulu. huhu. Lepas solat terus pecut masuk kereta sebab contraction dah makin kerap. Tengok map jalan xjem sgt.

Tiba2 bila nak lalu tol kesas nampak jalan dah mula sesak. Aik tadi tgk map macam xjem kat sini. Maka di sinilah drama berlaku. Time tulah wife kata baby dah nak keluar.. erk blur kejap. Amende semua ni.. huhu.

Rupanya jpj baru je start buat sekatan jalan op bersepadu. Aduh, saya pun terus ke tepi jalan. Bila keluar je, pegawai jpj tu minta lesen ?? . Terus cakap dgn dia, “Isteri saya dah bersalin encik dalam kereta” “Haa dah keluar dah??”

Maka kelam kabutlah semua. Dorg try call ambulan. Saya pula terus buka pintu dan begitu cuaknya rasa bila wife kata baby dah keluar.. saya pun terus sambut dengan kondifennya. Lalu jadilah saya bidan segera dua minit pun xsampai (lagi cepat dari megi ??). Alhmdulillah baby keluar terus nangis.

Media wartawan semua kebetulan ada sekali masa operasi semalam. Ada yg ambik gambar tapi saya xbg ambik gambar wife dan baby. Selamat dorg minta izin dulu.

Ambulan pulak macam lambat sampai. So dorg decide escort kami ke hospital. Alhmdulillah cepat sikit sampai sebab jalan agak sesak rupanya. Mencabar juga bila kena escort. Kena bawa laju dan cekap nak mencelah2. Syukur selamat sampai di bahagian kecemasan. Terima kasih abg2 JPJ atas bantuan malam tadi. ??

Alhamdulillah wife dan baby boy semua sihat. Untung anak ketiga ni keluar2 terus dpt escort hehe. vvip gitu

Moga jadi anak yang soleh dan bermanfaat buat umat. Mohon doa semua ya.

#bidansegera
#dahlamataktaippanjang
#babyasyura
#tigahero

Iklan