SEPATUTNYA jalan raya dan lebuhraya digunakan sebaiknya. Namun begitu, ada pula yang menggunakan kemudahan tersebut sebagai tempat untuk ‘meluahkan’ dan ‘melepas perasaan’ serta ‘gian’.

Apa tidaknya, keadaan laluan yang elok diambil kesempatan pula untuk melampiaskan nafsu berlumba dan menunjukkan skil menunggang kononnya. Sememangnya tindakan itu tidak kena pada tempatnya.

Apabila perasaan sudah menguasai dan ‘naik seh’ di jalan raya dek keinginan berlumba dan menunjukkan kehebatan diri, faktor keselamatan diri tidak lagi diendahkan.

Biasanya itulah yang berlaku dalam kalangan anak muda. Barangkali akal yang masih hijau membataskan mereka berfikir secara rasional akibat di sebalik perbuatan. Maklumlah darah muda, jiwa pun sedang membara.

Yalah… belum bertemu buku dengan ruas. Kalau dah jatuh tergolek nanti barulah datang kesedaran pada diri gamaknya.

Seperti video yang tular sejak beberapa hari lalu hingga ke hari ini, menunjukkan satu kumpulan kecil anak muda yang sedang asyik menunggang motosikal, sebelum teruja berlumba di jalan raya.

Tanpa memikirkan keselamatan diri, aksi menunggang mereka yang turut membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain amat dikesali.

Video berkenaan yang mendapat hampir 2 juta tontonan itu mengundang banyak komen dan kekesalan warganet.

 

Ramai yang menyifatkan aksi berkenaan sememangnya sering dilakukan oleh anak muda tanpa mengira tempat termasuklah di jalan raya.

Lebih dikesalkan dalam video berkenaan apabila ketika salah seorang daripada anak muda berkenaan sedang memecut dalam keadaan yang agak membahayakan, tindakannya hampir menyebabkan perlanggaran dengan penunggang motosikal lain.

Apa yang menarik perhatian ialah tindakan balas penunggang yang hampir nahas akibat perbuatan anak muda itu. Beliau ‘menyekolahkan’ pemuda berkenaan.

Entah apa yang dikatakannya, begitupun pastinya berang dengan aksi pemuda tersebut, topi keledar pemuda terbabit sempat ditamparnya tatkala motosikal masing-masing sedang bergerak perlahan.

Ramai yang berharap moga pemuda tersebut mendapat ‘pengajaran’. Tidak kurang juga yang meminta orang ramai turut mengajar dan menasihati golongan seumpamanya jika berdepan situasi sama.

Terdahulu kejadian dipercayai berlaku di negeri sebelah utara.

Ulasan ‘perakam’ tarik perhatian

Dalam pada itu, kedengaran ‘ulasan’ perakam video tersebut ketika aksi berlangsung agak mencuit hati warganet.

‘Skil’ rakaman video berkenaan turut diulas oleh warganet. Macam-macam komen yang tak kering gusi dibuatnya:

Iklan

nie laa org kate klau nk menonton jgn bising. tgk da xdpt tgk bahagian nk brlanggar. kt wayang selalu suhh bt mode silent phone tu. nie yg rakam pun silent2 sdh laa, rakam smpai hbs.

Scene yg paling best kamera mengelak berlalu pelangaran Tahniah Di ucap Kan pada kamera.back groun music yg sangat² mengunjakan..filem Malaysia

Cameraman pun,time tgh nyaris berlanggar..time tu lah dia gi kalih.tgk la kite face mask.

selalu nampak mcm ni kalau kat jalan raya takut n risau sgt bdk2 mcm tu.. time tu mulut aku x henti doa kan agar xda pape berlaku dan moga allah lindungi mereka.. kita pun terkenang ada adik lelaki juga..

NK tgk bro tuh lempang helmet ke nk dgr org dlm kete ni memekak😂😂😂😂 Lucu laaa adoiiii

Iklan

Dalam pada itu ramai juga yang menyokong tindakan abam rider yang mengajar mat motor itu:

Bagus Abang tu..sooo.Abang2 riders yg moto kalau nampak adek2 ni main2 tgh jalan, tampor jer..

Kalau jadi abg moto besar tu lama aku terajang je dia org mcm ni lah selalu buat org excident.

Doa kan yg baik2.agar dia selmat dan berubah jadi anak baik…AAMIINN3

Tak cukup lempang helmet buh penampar sekali muka dia tu bg hilang telinga

Moga mat-mat motor yang masih muda tidak terlalu mengikut perasaan ketika menunggang ya… Ingatlah orang yang tersayang. Berlumba biar kena pada tempatnya seperti di litar khas. -AG #janganputusasamalaysia