SAMBUTAN Aidilfitri kali ini, boleh dikatakan volume kenderaan meningkat berganda-ganda sehinggakan laluan balik kampung sesak teruk.

Laporan trafik khususnya untuk perjalanan ke Pantai Timur mahupun pulang ke ibu kota mengambil masa hingga lebih 12 jam untuk sampai ke destinasi masing-masing.

Lagi mengejutkan, kebanyakan jalan pintas antara kampung juga penuh dengan kenderaan gara-gara ramai yang mengambil inisiatif lain untuk elak jem.

Sampaikan ada yang tersangkut di tengah jalan apabila semua kenderaan tak bergerak langsung sampai berjam-jam.

Boleh bayangkan tak kalau ada anak kecil atau warga emas yang nak membuang air kecil atau besar, mesti berpeluh satu badan nak cari tandas.

sesak teruk

Nasib baiklah ada penduduk kampung yang prihatin dengan keadaan para pengguna jalan raya apabila menawarkan kemudahan tandas percuma.

Keprihatinan yang dikongsikan seorang wanita, Siti Noranis Sakarnor di TikTok hingga video pendek tersebut menerima hingga 2.3 juta tontonan.

 

Menariknya, papan tanda yang tertulis tandas percuma meraih perhatian apabila orang ramai mengambil peluang untuk berehat dan membersihkan diri.

Merujuk video bertajuk Tandas Free 2.0 yang dikongsikan, pendekatan mulia itu terbuka kepada mereka yang melalui Kampung Beris Tok Ku di Setiu, Terengganu untuk pulang ke Kuala Lumpur.

sesak teruk

Itu bukanlah pertama kali Siti Noranis sekeluarga berbuat demikian, keluarga itu pernah menawarkan servis yang sama pada tahun lalu selepas ada permintaan orang ramai untuk tumpang tandas mereka.

Kali ini, usaha sama diteruskan apabila laluan hadapan rumah mereka penuh dengan kenderaan. Apatah lagi, jarak antara surau dan stesen minyak dianggarkan kira-kira 2 kilometer.

Hargai jasa baik

Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian tersebut berterima kasih kepada pemilik rumah yang sudi membenarkan tandas digunakan kepada orang luar.

sesak teruk

Bukan itu sahaja, siap diberikan air mineral percuma kepada mereka yang memerlukan.

Seorang pengguna, ByNeayarn berterima kasih kepada tuan rumah kerana membenarkan mereka sekeluarga menumpang tandas pada cuti perayaan Aidiladha pada tahun lepas.

Baca juga Bukan setakat bonus raya dua bulan gaji, majikan ini beri hadiah rumah dan kereta percuma kepada pekerja

“Saya stuck di Setiu 5 jam. Lalu depan rumah sis juga. Kebetulan lalu sini tumpang toilet dengan pampers anak penuh dalam keadaan mengandung lagi. Masa itu tahan nak pergi toilet,” ceritanya.

sesak teruk

Menurut AisyAsyh, beliau memuji kesungguhan tuan rumah yang berhati mulia.

“Bagusnya tuan rumah. Walaupun buat baik dibalas najis tapi pahala besar sebab mudahkan urusan orang. Harap yang tumpang itu jaga kebersihan tandas tuan rumah.”

Baca juga Kuota 35,000, permohonan lesen percuma program MyLesen B2 2024 kini dibuka. Mohon sekarang!

Seorang lagi pengguna TikTok, Puan Sala berkata, orang kampung di setiap lorong bagus-bagus belaka.

Iklan

sesak teruk

“Mana-mana yang lalu memang dia orang bantu. Nak solat, nak tandas, makanan ringan, minuman semua tolong. Lain macam kebaikan orang kampung itu,” katanya.

Berikut antara lain komentar yang dikongsikan:

“Dalam tak sedar, tuan rumah tarik rezeki kerana satu, guna tandas free. Dua, bila tetamu itu keluar dari rumah, ia tinggalkan barakah. Alhamdulillah.” – Anwar Zainudin

sesak teruk

“Orang yang memudahkan urusan orang lain, ALLAH akan permudah urusan dia…Itu janji ALLAH…” – 0,001%

“Semalam pun I stuck jam sampai 1 pagi. What should’ve been 1 1/2 hours turn into 10 hours 😭 Sempat tumpang toilet rumah orang. Dia orang cerita, daripada tengah hari orang datang tumpang toilet. Semoga murah rezeki 🥰.” – illyyin

“Asbab buat kebaikan ni, insyaAllah ALLAH juga akan memudahkan urusan dan melapangkan jalan awak sekeluarga bila mana awak sekeluarga berada dalam kesulitan.” – N

sesak teruk

Iklan

Tabik springlah buat tuan rumah. Membantu mereka yang memerlukan dari segi kebersihan diri dan bekalan air bersih.

Kalian terpaksa hadap jem berapa lama? Memang tak dinafikan, jalan sesak terutamanya sepanjang laluan balik ke Kuala Lumpur dan Selangor.

Apapun, bulan Syawal masih belum berakhir lagi. Masih ada masa nak beraya di rumah saudara atau kenalan hujung minggu nanti.

sesak teruk

Paling penting, rancang perjalanan dan memandu dengan berhemah ya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!