UNTUK melayakkan seseorang itu menjadi juruterbang sehingga ke peringkat komersil sebenarnya bukanlah satu perkara yang mudah.

Mereka perlu memenuhi syarat lesen serta jumlah waktu penerbangan hingga boleh melayakkan seseorang dilantik sebagai juruterbang.

Jika dahulu juruterbang dimonopoli oleh kaum Adam, namun hari ini wanita juga dilihat mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan lelaki dan membuktikan mereka juga mampu untuk ‘terbang’.

Mejar Patricia Yapp Syau Yin membuktikannya ia bukan lagi mustahil dan beliau bukan sahaja bergelar sebagai seorang juruterbang malah kini berkhidmat dalam sektor ketenteraan.

Tanpa mengenakan pakaian seragam mungkin tidak siapa menyangka wanita bertubuh langsing dan cantik ini berkecimpung dalam kerjaya tentera yang menuntut fizikal lasak serta memerlukan jiwa kental.

Ya! Beliau merupakan juruterbang pesawat pejuang MiG-29N yang pertama dan wanita Malaysia pertama yang lulus dengan kepujian dari Kolej Tentera Udara Diraja Malaysia di Alor Star.

Walau apapun persepsi diberikan, itulah kehebatan dan keistimewaan dimiliki anak jati Sandakan, Sabah itu yang mula menerbangkan jet pejuang itu sejak 1997.

Jantina bukan halangan, wanita juga boleh 'terbang' tinggiYapp juga merupakan seorang juruterbang yang membawa operasi dan taktikal dengan Skuadron No 17/19 Smokey Bandits di Pangkalan TUDM Kuantan. Hebat bukan?

Iklan

Beliau telah berkahwin dengan rakan tentera udara iaitu juruterbang Kapten S. Thayala Kumar Ravi Varman beberapa tahun lalu.

Yapp juga pernah menerima Anugerah Wanita Cemerlang sempena sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah.

Jantina bukan halangan, wanita juga boleh 'terbang' tinggiBeliau sememangnya layak menerima anugerah tersebut memandangkan Yapp merupakan juruterbang wanita Asia dan negara pertama yang berjaya memperoleh kelayakan untuk menerbangkan pesawat pejuang MiG-29N

Iklan

Mejar Patricia telah buktikan bahawa faktor jantina bukan halangan untuk seseorang meraih kejayaan di peringkat tertinggi.

Saya harap kejayaan beliau ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing, insyaAllah.