NUR Amalina Che Bakri atau lebih dikenali sebagai Dr Amalina baru-baru ini berkongsi berita gembira dalam media sosial apabila menjadi tunangan kepada teman lelakinya berbangsa Inggeris.

Maka terjawab sudah teka teki warganet sejak dua tahun lalu pada sekitar 2018, buat pertama kali Dr Amalina berkongsi gambar seorang lelaki yang didakwa teman rapatnya itu dalam media sosial, namun merahsiakan identiti dan namanya.

Ramai yang tidak sabar menunggu detik-detik pasangan itu disatukan. Selangkah demi selangkah, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk melangsungkan ikatan pertunangan terlebih dahulu.

Berita itu disambut penuh gembira dan ucapan tahniah daripada pengikutnya dalam media sosial termasuk barisan selebriti tempatan.

Berita itu disampaikan secara ringkas oleh Dr Amalina dan mengakui dia kini mula teruja untuk ke peringkat seterusnya.

“Excited about wedding planning x2 (UK & Malaysia) #Engaged,” tulisnya ringkas.

Kata-kata ringkas beliau membuat ramai teruja dan gembira menerima berita tersebut.

 

View this post on Instagram

 

💍😃❤️ Excited about wedding planning x2 (UK 🇬🇧 & Malaysia 🇲🇾) 🥳😍🤵🏻👰🏻 #engaged

A post shared by Dr. Amalina | General Surgery (@dramalinabakri) on

Namun, Dr Amalina tidak menjelaskan secara terperinci berapa lama mereka mengikat tali pertunangan dan tarikh perkahwinan.

Dr Amalina bergelar doktor setelah menamatkan pengajian di University of Edinburgh pada Julai 2013.

Iklan

Tidak lokek dengan ilmu di dada, Dr Amalina sering berkongsi dan mendidik masyarakat tentang kesedaran kesihatan menerusi beberapa platform media sosial miliknya.

Walaupun pernah menerima kecaman oleh beberapa pihak yang tidak setuju dengan kelantangannya dalam mendidik masyarakat mengenai kesihatan, ia tidak mematahkan semangat wanita berusia 33 tahun ini.

Iklan

Malah, beliau kini membuka laman web sendiri bernama Ask Dr Amalina untuk berkongsi tip kesihatan dengan orang ramai.

Nama Dr Amalina mula menjadi sebutan apabila berjaya mencipta sejarah sebagai pelajar pintar yang mencapai keputusan 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004.

Apa pun, tahniah Dr Amalina dan pasangan. Semoga ikatan pertunangan ini akan berakhir dengan ikatan perkahwinan.