Jelajah Jelita@RISDA realisasikan impian usahawan Terengganu
Jelajah Jelita@RISDA realisasikan impian usahawan Terengganu
BERMULA dengan berniaga tudung di pasar malam membuahkan hasil apabila seorang usahawan wanita ini berjaya mengubah hidupnya dengan mempunyai rekaan tudung dan pakaian batik yang dihasilkan sendiri.
Ros Aiza Jusoh, 36, berkata, dia yang sudah menceburi bidang perniagaan batik sejak 10 tahun lalu perlu memastikan produk dihasilkan mengikut trend terkini selain memiliki keunikan tersendiri bagi memastikan produk yang dijual menepati citarasa dan mendapat sambutan daripada pelanggan.
Kini dia boleh berbangga kerana sudah memiliki perniagaan tudung dan pakaian batik jenama sendiri, 'Rose Scarf & Busana' di bengkel miliknya di Kampung Pagar Ubi, Kuala Nerus, Terengganu.
"Sebenarnya saya sudah lama menceburi bidang perniagaan ketika belajar di sebuah kolej dengan berniaga tudung secara kecil-kecilan. Selepas menamatkan pengajian diploma, saya mula menghasilkan rekaan tudung sendiri dengan menjualnya di pasar malam dan lobi di sebuah bangunan agensi kerajaan.
"Namun saya, terfikir sampai bila hanya jual di tempat yang sama (pasar malam). Jadi saya cari jalan untuk naik taraf perniagaan diusahakan ini dengan meminta bantuan dan sokongan dari pelbagai agensi untuk bantu perniagaan ini.
"Saya juga mendapat idea untuk buat suatu kelainan iaitu hasilkan rekaan tudung batik yang belum pernah lagi dibuat di mana-mana tempat. Alhamdulillah, impian saya tercapai apabila mendapat bantuan daripada beberapa agensi termasuk Kraftangan Terengganu dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)," katanya kepada Sinar Harian pada program Jelajah Jelita@RISDA Terengganu di sebuah pusat membeli belah dekat sini.
Baca juga Jelajah Jelita@RISDA dedahkan kegigihan usahawan Terengganu
Mengulas lanjut, Ros Aiza berkata, dia juga berjaya menghasilkan tudung batik sutera, baju kaftan, baju kemeja dan uniform bercorak batik.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia menghasilkan tudung dan pakaian tersebut dengan bantuan daripada suami selain mampu menghasilkan 20 helai pakaian dalam masa satu hari.
"Saya tiada pekerja dan segala hasil kerja saya dilakukan di bengkel sendiri. Saya memang minat batik maka saya cuba pelbagaikan karya bagi memastikan setiap rekaan dihasilkan itu mengikut fesyen dan gaya terkini," ujarnya.
Dalam pada itu, Ros Aiza menyatakan RISDA banyak membantu usahawan bimbingannya menerusi pelbagai bantuan dari segi peralatan.
"Saya dapat mesin jahit dan peralatan-peralatan untuk buat produk batik. Malah ketika bengkel saya terjejas akibat dilanda banjir teruk, RISDA membantu saya untuk memulakan semula perniagaan batik ini," ulasnya.
Baca juga Jadi usahawan jenama sendiri
Sementara itu, Ahmad Munzir Mazji, 25, berkata, perniagaan makanan diusahakan berjaya dikembangkan dengan bantuan peralatan daripada RISDA.
"Saya mempunyai kedai yang menjual masakan panas dan menu paling laris ialah Nasi Lemak Senandung Malam. Nasi lemak itu paling dicari kerana keunikan rasa dan sambal yang digemari pelanggan.
"Saya bersyukur kerana menerima bantuan daripada RISDA iaitu dapur memasak, peti sejuk yang besar dan tempat untuk membuat kerja.
"Sedikit sebanyak bantuan peralatan dan modal ini memberi kelegaan pada kami (peniaga) selain dapat meningkatkan pendapatan dengan menghasilkan lebih banyak makanan yang unik dan menepati cita rasa pelanggan," katanya yang mempunyai sembilan pekerja.
Oleh: NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang