HIDUP ini memang penuh dengan liku, ranjau, onak dan duri.

Kita semua akan melalui pelbagai ujian, kekecewaan, airmata, penderitaan, bahagia, kejayaan, dan kehilangan.

Terutamanya kaum wanita.

Seperti sebuah perkongsian seorang influencer, Dzuriasikim Dzulkefli iaitu seorang wanita yang masih anggun dan cantik menawan biarpun sudah mencecah usia 51 tahun.

Katanya, pelbagai ujian akan datang dengan bersilih ganti. Tidak ada yang terkecuali. Namun apa yang paling penting adalah kita semua masih bernyawa.

“Dan selagi kita masih bernyawa, bererti kita masih ada peluang untuk terus melangkah dan menjalani hidup yang lebih baik. Hari demi hari. Entah bila, tetapi pasti.

“Usah pernah lelah untuk berusaha dan berbuat baik. Termasuk kepada mereka yang menganiaya dan membenci kita. Tidak akan ada satupun kebaikan yang akan sia-sia. Percaya kepada proses perjalanannya. Percaya kepada Allah,” tulisnya.

Iklan

Ini lima pesanan padu Dzuriasikim kepada wanita di luar sana;

1. Jika kamu sedang bercinta dengan seorang penagih dadah atau kaki pukul, tinggalkan dia.

Benar cinta itu buta, tetapi wanita usah ikut jadi ‘buta’. Pesan ini kepada adik-adik dan anak perempuan kita juga.

2. Jika sudah keluar dari sebuah kekecewaan atau kegagalan dalam perkahwinan, ketahuilah bahawa, setiap kegagalan itu adalah ‘benih’ untuk kejayaan. Jangan berhenti ketika gagal.

3. ‘Self spirit’ adalah sangat penting. Usah menangis. Tidak ada orang yang akan suka apabila kita menangis berhari-hari tanpa berganjak sedikit pun dari kisah sedih di masa silam. Keep moving on and smile again.

4. Kata Imam Al Ghazali ; “Untuk mendapatkan apa yang kamu suka, pertama, kamu harus sabar dengan apa yang kamu benci…”

5. Susah hati macam mana sekalipun solat jangan tinggal. Biar apa pun berlaku, sesibuk mana pun fikiran mu, solat jangan tinggal.

Jangan berasa rugi waktu untuk bersolat sebentar sedangkan solat itulah yang memudahkan hidup kita untuk banyak perkara.

Jika saat ini korang sedang dilanda ujian. Bertahanlah. Percaya, Allah sayang kita.

Iklan

Baca juga Antara glamor dan kerjaya, ini semangat Najwa Latif

Dzuriasikim Dzulkefli sentiasa berkongsi perkara yang super positif dan menarik. Beliau yang mempunyai pengalaman berdepan kesusahan hidup hingga perlu menjadi penjual di jalanan pada suatu ketika dahulu dan kini menjadi orang yang sukses terutama dari segi meraih rezeki Allah.