Jika tak pandai dan baru belajar masak, jangan berniaga di bazar Ramadan

INSYA-ALLAH esok (Selasa 12 Mac) umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Biasanya antara perkara yang akan menjadi perhatian pada setiap kali bulan Ramadan adalah sahur, tarawih, iftar dan bazar Ramadan.

Perkara lain seperti tadarus, khatam al-Quran, beli baju raya awal dan lain-lain pun antara yang menjadi topik perbualan dan carian di media sosial.

Namun, paling menjadi tumpuan pastinya topik bazar Ramadan dan dalam banyak-banyak komen, Merak Jalanan tertarik dengan komen netizen yang kedengaran lucu namun mempunyai makna tersirat.

Baca ni Pening tak tahu nak buka apa hari ini? Ini 5 destinasi bazar Ramadan tawarkan menu mengiurkan dan berbaloi

Dalam nada bergurau tapi berbau amaran, peringatan, permintaan atau apa-apa yang sewaktu dengannya, meminta mereka yang pertama kali belajar memasak supaya tidak menjual makanan di bazar Ramadan.

Bukan apa, kata mereka, orang yang tengah lapar jika dapat makanan yang tak setara dengan harga yang dijual, boleh bikin naik darah. Terus keluar segala sumpah seranah. Jadi, tak baiklah begitu, penat puasa seharian kalau sudah begitu situasinya.

Baca lagi Mee Tonggek Udang Galah, Sotong XXL jadi buruan. Resipi tersendiri anak jati Kedah jadi tarikan di Bazar Ramadan Putrajaya

bazar ramadan
Kredit: Selangorkini.

Bagi Merak Jalanan, ada betulnya juga pandangan tersebut. Jika baru nak cuba-cuba memasak kemudian berniaga pula di bazar, sebaiknya kena persiapkan diri lebih awal. Sama ada hadiri kursus memasak atau mengambil kelas sekurang-kurang dari awal tahun lagi. Barulah betul caranya. Dah yakin seratus peratus, boleh lah jual atau bagi orang makan.

Bak kata pepatah inggeris, customer is always right. Ada yang jenis tak kisah kalau harga mahal sikit asalkan makanan yang dijual itu berbaloi dengan rasa, terutama menu viral atau yang jarang jumpa.

Baca juga 10 bazar Ramadan terbaik di Selangor wajib singgah, nombor 1 memang legend

bazar ramadan
Kredit: Instagram @asalgombak.

Tapi hangin satu badan bila juadah yang dibeli basi awal, tak ada rasa garam, tawar macam makanan orang sakit dan yang paling ditakuti, makanan tadi boleh menyebabkan sakit perut atau cirit-birit.

Jadi Merak Jalanan cadangkan, jika benar nak berniaga makanan pun, jual yang mudah-mudah sahaja menu yang mudah dan simple tapi orang suka atau paling mudah jual sahaja buah-buahan. Menarik dan laris juga tu, kan!

Iklan

Percayalah, jika kita ikhlas menjual makanan hasil air tangan yang bersih, pasti rezeki akan melimpah-ruah. Esok, lusa dan seterusnya, percayalah pasti akan lebih ramai yang beratur untuk membeli juadah yang kita jual.

Baca juga Pengguna rasa teraniaya, rangka ayam goreng bazar Ramadan lengkap perut, hempedal tidak dicuci

bazar ramadan
Credit: Taufulou

Sebelum menutup kalam, pesanan Merak Jalanan kepada pembeli di luar sana. Marilah kita berbelanja secara berhemah.

Jangan ikut nafsu semata-mata, rambang mata sampaikan semua nak beli walhal perut tu dah tak mampu nak tampung semua makanan. Membazir itu kan amalan syaitan.

Selamat berpuasa dari Merak Jalanan!

Iklan

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!