Jururawat suntik PM vaksin Covid-19 kongsi pengalaman

A
A
A

NEGARA kita sekali lagi mencatat detik bersejarah apabila semalam bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Maka dengan itu juga, bermulalah proses suntikan vaksin Covid-19 di negara kita.

Apa yang mengharukan ramai, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil sebagai individu pertama menjalani prosedur suntikan itu semalam sempena perasmian program tersebut.

Program yang disiarkan secara live itu ditonton masyarakat seluruh negara.

Namun di sebalik proses suntikan vaksin terhadap individu nombor satu negara itu, ada seorang insan dikatakan amat bertuah kerana dapat turut serta menyempurnakan program berkenaan.

Jururawat suntik PM vaksin Covid-19 kongsi pengalaman Lina, kanan.

Beliau adalah Ketua Jururawat Kesihatan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya, Lina Ibrahim, 49, yang diberi tanggungjawab untuk memberi suntikan vaksin Covid-19, dos pertama Pfizer-BioNTech kepada Perdana Menteri.

Lina bersama seorang lagi pemvaksin yang juga jururawat di Klinik Kesihatan Presint 9, Mazirah Mokhtar diberi amanah bagi menyuntik vaksin Covid-19 kepada enam individu pertama PICK di Klinik Kesihatan Presint 11, semalam.

Kata Lina kepada media tempatan, dirinya akui sedikit berdebar pada awalnya namun, pada masa sama berbangga kerana terpilih melakukan amanah itu dalam kalangan jururawat yang ada.

"Saya rasa agak berdebar selepas dimaklumkan akan memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada Perdana Menteri.

"Tetapi, alhamdulillah segalanya sudah selesai. Saya sudah selesaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan," ujarnya.

Jururawat suntik PM vaksin Covid-19 kongsi pengalaman

Lina turut mengatakan beliau telah menjalani amali untuk pemberian suntikan vaksin Covid-19 oleh penyelia sebagai persediaan sebelum memberi suntikan kepada penerima.

Baca juga Jarum suntikan vaksin Covid-19 PM ditukar? Ini penjelasan pengamal perubatan

Terdahulu, selain Muhyiddin disuntik dos pertama Pfizer-BioNTech, ia turut melibatkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta empat petugas kesihatan yang berkhidmat di Putrajaya.

Semoga ia menjadi titik noktah kepada pandemik Covid-19 di negara kita menerusi imuniti kelompok.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca