MULIANYA hati wanita ini, rela menerima madu dengan hati yang terbuka.

Tidak seperti kebanyakan kaum Hawa yang sukar kehadiran wanita lain sebagai isteri baharu suam, wanita dikenali sebagai Chinta Arjuna, 37, menjadi perhatian warga maya.

Kini bahagia dalam perkahwinan poligami, wanita tersebut mengimbas kembali detik awal kehadiran madu yang dipinangnya sendiri.

Dia yang ,elamar isteri baharu buat suaminya rela hati mengizinkan suami berkahwin lain pada tarikh ulang tahun perkahwinan mereka ke-10 yang juga jatuh pada ulang tahun kelahiran lelaki itu.

Rumah tangga dibina selama sedekad dan masih belum dikurniakan zuriat, namun ia bukanlah alasan utama Chinta Arjuna merelakan diri dimadukan.

“Dia (madu) merupakan individu yang saya kenal kerana kami tinggal di kawasan perumahan sama.

“Semenjak dia bergelar janda, bermacam-macam fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya.

“Jadi untuk menjaga maruah, saya sendiri bertanya sama ada awak nak tak berkahwin dengan suami saya?” katanya dalam temu ramah bersama Sinar Harian.

Baca juga: Viral isteri pertama tabah hadir persandingan suami, wanita bahagia berkongsi kasih dengan sahabat baik

Wanita hebat ini menegaskan benar-benar ikhlas untuk menerima wanita berstatus janda anak dua itu sebagai madu kerana mahu membantu ‘memuliakan’ dan menjaga maruahnya.

“Alhamdulillah, ALLAH permudahkan niat saya untuk membantu dia (madu). Dia dan suami pun bersetuju untuk meneruskan kehidupan berpoligami.

“Pada tarikh 19 Mei lalu, saya telah menyarungkan cincin pertunangan pada jari manis si madu dan kami juga berbincang serta bersetuju untuk berkongsi tarikh perkahwinan sama iaitu pada 28 Jun yang mana ia merupakan hari ulang tahun suami,” katanya.

Pada masa sama, Chinta Arjuna memberitahu bahawa dia reda dengan segala ketentuan Ilahi andai perkahwinan berusia 10 tahun itu berakhir dengan penceraian.

Ujarnya, dia sentiasa berdoa agar keputusan dalam membenarkan suami untuk bernikah lain adalah yang terbaik kerana niat utama bukanlah kerana zuriat.

Baca juga: Suami bukan spesies lelaki gatal, Nurulhidayah tiada istilah cemburu hidup bermadu

Baca juga: Tak sangka poligami punca risiko kanser pangkal rahim. Suami ambil perhatian, jangan tuding jari pada isteri sahaja

Iklan

“Walaupun ada yang kata perbuatan ini gila kerana sanggup berkongsi kasih tetapi tidak bagi saya kerana ALLAH yang menggerakkan perasaan itu dan saya yakin itu merupakan satu keputusan tepat,” katanya.

Menerusi laman sosial, Chinta turut berkongsi foto perkahwinan kedua suaminya yang memaparkan mereka bertiga di pelamin.

Warga maya memuji keluhuran cinta wanita ini dan mendoakan kebahagiaan akan sentiasa mengiringinya.

– “Alhamdulillah hebat kakak, semoga bahagia bersama suami dan madu. Saya pun dah 12 tahun dalam poligami.”

– “Kedua-dua isteri seperti bidadari. Vibes yang sangat tenang penuh. Poligami yang btul dan diredai ALLAH.”

– “Kuatnya puan, saya doakan semoga bahagia dunia akhirat dan dikurniakan syurga. Tinggi kesabaran.”

Iklan

– “Bukan semua wanita hebat seperti awak. Alhmdulillah, teruskan jika itu yang terbaik.”

Baca juga: Tiada istilah ‘payung emas’ untuk wanita bermadu, poligami boleh jadi harus, sunat, haram

Baca juga: IVF 8 kali, 12 tahun usaha zuriat, kisah bapa ini buat netizen sebak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!