SUAMI adalah tonggak keluarga yang memainkan peranan penting dalam rumah tangga poligami. Anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Datuk Seri Dr Zahid berkongsi detik manis perkahwinan sebagai isteri kedua suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff.

Benarlah tidak semua madu itu pahit dalam rumah tangga. Kebahagiaan dikecapi enam tahun melayari bahtera rumah tangga, Nurulhidayah meluahkan dirinya bertuah dikurniakan madu yang sangat baik.

Kemesraan beliau dan isteri pertama, Allahyarham Datin Bahazanaria Baharuddin atau lebih dikenali sebagai Datin Nana bukan dibuat-buat.

Kejujuran suami yang bersikap ‘gentleman’ tidak merahsiakan hasrat berkahwin daripada isteri pertama salah satu faktor kebahagiaan dikecapi.

Baca juga: Tiada istilah payung emas untuk wanita bermadu, poligami boleh jadi harus, sunat, haram

Saya tak terjangka pun nak kahwin dengan suami orang. Tetapi suami saya bukan jenis lelaki gatal. Sebab kita kenal ramai orang kan. Suami saya bukan spesies lelaki gatal.

“Saya bercakap dengan dia masa balik dari somewhere. Dia cakap kita kahwin. Saya beritahu tidak mahu kahwin dengannya kerana dia suami orang kecuali dia betul-betul serius dengan saya,” ujar Nurulhidayah dalam program bual bicara eksklusif Borak Bibir Merah SinarPlus.

Sifat toleransi Datuk Saiful dan santunan Datin Nana membuka ruang rumah tangga poligami yang tenang. Sementelah hubungan akrab mereka sering kali dkongsikan di laman sosial sering menarik perhatian ramai.

Dia betul-betul bawa isterinya jumpa saya ketika itu. Dan apabila dia bawa isteri dia berjumpa, saya pun bertentang empat mata dengan Kak Nana.

“Saya tak tahu apa yang dia (Datuk Saiful) cakap dengan arwah. Isterinya (Datin Nana) cakap dengan saya, ‘Bolehkah Nurul jadi isteri nombor dua?’

“Saya cakap ‘Kak, soalannya boleh ke Nurul ni nak jadi madu akak?’. Sebab saya tak bincang pasal kahwin, jauh lagi nak berkahwin. Sebab dia yang cakap nak kahwin dengan saya. Kiranya ia adalah miracle sebab suami bercakap dengan isterinya terus terang,” kongsi Nurul tentang bibit awal perkahwinannya.

Baca juga: Minta izin sendiri isteri pertama, Zarina Zainuddin dedah adab kahwin suami orang

Ibu kepada tiga cahaya mata itu juga bersyukur dan tersentuh dengan ketulusan madunya ketika awal perkenalan.

Saya lihat Kak Nana seorang yang bertudung sempurna, sopan dan lembut. Kalau isteri pertama jenis huru hara saya tak akan….Awal-awal lagi dah macam tu kan.

“Tapi kakak ni dia betul-betul menyantuni dan cakap betul-betul dengan saya. “Kalau Nurul suka dengan Saiful kahwinlah, dia sangat baik. Boleh jaga Nurul dan anak-anak Nurul,” katanya mengenang kembali detik awal bibit perkenalan yang membawa kepada perkahwinan.

Hubungan yang terjalin itu direstui kedua-dua belah pihak hingga membawa kepada terbinanya mahligai perkahwinan pada 20 Jun 2017 di Tanah Suci.

Baca juga: Dua isteri buat ‘surprise’ birthday, Ashraf Muslim titip pesan -“Jika ayah pergi dulu, jaga anak-anak dengan baik”

Tiada perasaan cemburu ketika berkongsi kasih, sepanjang tiga tahun Nurulhidayah dan arwah Datin Nana mempunyai persefahaman dalam menjaga suami mereka.

“Alhamdulillah kami bercuti sekali. Kiranya kami ada mutual understanding. Saya jaga suami. Apabila saya kahwin dengan suami dia, saya jaga makan pakainya semua.

Iklan

“Kiranya kalau pergi bercuti pun saya akan jaga suami dengan dia (Datin Nana) sekali makan dan anak-anak.

“Saya bawa satu beg khas untuk makanan. Saya masak dan sediakan makanan. Itu sayalah yang buat. Kiranya mutual understanding, tak ada ‘jealous-jealous’.

“Bila nak ambil gambar dia nak peluk suami dia ke, suami nak peluk dia tak ada (cemburu). Alhamdulillah itu adalah rezeki yang ALLAH bagi. Masya-ALLAH itu yang manisnya,” katanya.

Baca juga: Mengganggu rumahtangga orang satu jenayah. Peguam syarie ini dedah hukuman penjara yang ramai tidak tahu!

Hidup bermadu tiada langsung kepahitan bagi Nurulhidayah sehinggalah arwah madunya berjuang melawan kanser.

“Pahitnya (bermadu) Alhamdulillah tak berkesempatan lagi merasainya.

Iklan

Cuma pahitnya apabila Kak Nana terpaksa menahan kesakitan ketika kanser. Kami bersama-sama dalam wad pada saat-saat akhir,” luah Nurulhidayah tentang madunya.

Datin Nana menghembuskan nafas terakhir pada 5 November 2020 di Hospital KPJ Damansara setelah bertarung kanser yang hidapi pada tahun 2015 kembali menyerang paru-paru, hati dan tulang.

Kisah Nurul Hidayah ini wajar dijadikan inspirasi buat para suami yang ingin berpoligami. Isteri adalah cerminan suami dan begitulah sebaliknya.

Tidak berahsia, ketulusan hati dan didikan seorang suami dalam rumah tangga melahirkan peribadi isteri yang hebat hingga menerima poligami dengan rela. Moga kisah ini menjadi inspirasi semua.

Baca juga: Wanita boleh dakwa pihak ketiga ‘perosak’ rumah tangga, ini penjelasan peguam

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi